Scammer Telegram, apa yang diaorang nak sebenarnya?

Perasan kan selalu je kita dapat mesej dari Telegram yang cuba untuk hijack akaun telegram kita. Maksudnya kat sini scammer ni cuba untuk ambil alih akaun Telegram kita. Pernah tak terfikir, apa sebenarnya scammer ni nak buat dengan hijack akaun Telegram ni?

Saya berpendapat ada 2 objektif, iaitu objektif jangka pendek, dan jangka panjang. Saya terangkan objektif jangka pendek dulu.

Objektif jangka pendek.

Untuk menyamar sebagai rakan kita dan mintak transfer duit ke akaun "keldai" diaorang atas urusan penting kononnya. Tujuan atau objektif ni memang straight to the point lah, kalau mangsa transfer duit, ianya tamat kat situ.

Objektif  jangka panjang.

Yang ni menarik sikit. Scammer berfikiran jauh untuk jadikan akaun Telegram yang diaorang hijack jadi banyak akaun. Dari 1 akaun, dia akan hijack lagi beberapa akaun lagi. Dari 1 akaun jadi 5, 5 jadi 100 akaun dan camtulah seterusnya. Caranya dengan phishing. 

Camna cara phishing tu? Nama pun macam fishing kan? Memang dengan cara memancing senarai rakan yang ada dalam Telegram mangsa tu untuk klik link dan masukkan OTP password Telegram ke dalam borang. Antara borang yang digunakan untuk phishing ni adalah;
  1. Tawaran Jawatan Kosong
  2. Bantuan Kerajaan (Paling popular).
Biasanya flow untuk phishing dalam borang berunsur penipuan ni simple je. Dalam borang tu ada arahan untuk masukkan nombor ic (kad pengenalan), lepas tu suruh masukkan nombor telefon. Bila tekan je butang SEMAK, borang tu akan mintak masukkan OTP yang dihantar ke akaun Telegram.

Mangsa yang tak cakna berkaitan IT dan tak sabah nak semak "kelayakan bantuan" akan masukkan je OTP ni dalam borang tu dan tekan submit. Maka secara officialnya akaun Telegram mangsa telah dimasuki atau dikendalikan oleh scammer ni.

Sebenarnya Telegram sendiri dah ada ciri keselamatan untuk menghalang akaun mangsa dari dihijack, iaitu dengan mengaktifkan 2 Step Authentication. Tapi tu lah, tak semua orang aktifkan fungsi tu.

Baik, selepas scammer ni dapat akaun Telegram ni, mereka akan buat 1 group khas jual beli barang dengan harga yang tak masuk akal. Contohnya ada 1 group ni dia buat nama kedai macam kedai elektronik, Contoh lah Azam Tech Solution (tiada kaitan dengan nama kedai sebenar sekiranya ianya wujud). Dalam group tu dia akan post gambar-gambar gajet elektronik contohnya Sony A7 Mark III dengan harga RM400 full set.

Akaun-akaun Telegram mangsa ni tadi akan membuat komen yang positif kat dalam Channel tu untuk setiap produk yang ada disenaraikan. Jadi nampak benda tu real la, nampak legit sebab yang komen memang akaun real (mangsa).

Kalau yang jenis rambang mata, memang terus bank in la untuk beli barang yang tak wujud tu. Sesaje bagi duit kat scammer.

Jadi macam tulah lah lebih kurang tujuan dan taktik scammer nak dapatkan akaun Telegram kita.

Bagi yang dah terkena (akaun Telegram kena hijack) jangan pulak korang pegi delete akaun tu.  Boleh je kick scammer tu dari akses akaun korang. Saya ada sediakan caranya kat artikel Cara pulihkan Telegram kena hacked.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama