Daftar perniagaan dalam Google Business Profile
Dulu dikenali sebagai Google Maps, lepastu Google My Business. Sekarang dipanggil Google Business Profile atau GBP. GBP ni adalah profile perniagaan anda di Google Maps. Ini adalah cara untuk munculkan perniagaan anda dalam carian Google.
Sayangnya kebanyakan kedai kat luar tu masih tak buat atau tak setup profile Google Business ni.
Saya cuba approach 1 kedai ni dan tanya kenapa tak buat lagi Business Profile untuk kedai makan dia? Dia cakap takde siapa nak tolong buatkan.
{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}
Jadi dengan rendah hati dan ikhlasnya, saya pun offer la untuk setupkan akaun Google Business untuk kedainya, Warung One Corner Batu Pahat. Saya bagitau, nanti dah siap saya akan transfer ownership kat acik tu.
Maklumat yang perlu diisi dalam Google Business Profile
So dengan gigih saya pun menyiapkan lah serba sedikit akaun GBP untuk kedai acik ni. Sambil-sambil borak ambik lauk makan tenghari kat kedai dia, saya tanya la info-info yang perlu.
- Kedai bukak jam berapa,
- apa nombor contact,
- ada laman web tak,
- apa jenis masakan yang kedai tu offer,
- ada delivery ke tak,
- dan lain lain.
Dapat je semua tu, maka bermulalah saya lengkapkan GBP Warung One Corner Batu Pahat. Tapi ada kurang sikit lagi, review.
Tambah review yang pertama
Saya pun mintak kawan saya review sikit kedai ni sebab haritu kitaorang sama-sama makan kat situ. Jadi dapatlah akaun GBP Warung One Corner Batu Pahat ni 1 review 5 stars merangkap review pertama dari kawan saya.
Kini masanya untuk transfer akaun GBP ni ke akaun pemiliknya.
Saya pun ke kedai acik tu, dan bagitau, "Acik, akaun Google Business Profile acik saya dah siapkan. Acik bagi email, saya transfer ownership kat acik"
Saya pun buatlah proses tukar pemilik Google Business Profile dari nama saya (akaun saya) kepada pemilik baru.
Selesai.
Pada anda yang nak saya buatkan akaun Google Business Profile, boleh hubungi saya. Selain tu, nak dapatkan review dari Local Guide Level 7 (dengan 8871 points) pun saya boleh buat.
Tags:
Marketing