Harga full blood test kat Klinik Sofea

Buat full blood test kat Klinik Sofea

Sebelum ni saya pernah buat full blood test kat Klinik Sofea Seremban, memang urusan lancar dan harga full blood test kat Klinik Sofea ni agak murah. Selain murah, kalau buat urusan kat sini boleh dikatakan praktikal dan fleksibel.



{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}

Pakej dan harga medical checkup Klinik Sofea.

Basic Package

  • Full Blood Count
  • Fungsi Hati
  • Buah Pinggang
  • Kolestrol
  • Gula
  • HBA1C
  • Gout
  • Kalsium
  • Urine FEME
  • RM79

Advance Package

  • Semua pakej Basic
  • HIV
  • Hepatitis B
  • Kumpulan Darah
  • Rheumatoid Factor
  • Fungsi Tiroid
  • Sifilis
  • RM139

Premium Package

  • Semua pakej Advance + Cancer Marker
  • CA199
  • CEA
  • AFP
  • RM179

Fleksibel dan praktikal

Kebiasaan kalau kita buat pemeriksaan kesihatan kat Klinik, kita perlu datang ke klinik semula untuk dapatkan penerangan dan konsultasi berkaitan keputusan (result) medikal checkup tu tadi. Tapi kat Klinik Sofea ni boleh je untuk kita dapatkan terus result tanpa perlu dengar penerangan dan konsultasi Doktor.

Tapi dinasihatkan untuk dapatkan penjelasan doktor la kan. Sebab doktor memang tahu baca segala keputusan medikal checkup tu. Untuk yang memang nak dapatkan result je, Klinik Sofea akan terus email je result tu dalam bentuk PDF.

Lagipun sebenarnya yuran konsultasi tu dah termasuk sekali untuk bayaran untuk pakej yang diambil tu. Sebab tu saya cakap kat sini ianya praktikal dan fleksibel.

Jaga makan, elak gula putih dan gluten

Dulu buat full blood test sebab nak cek kondisi buah pinggang. Alhamdulillah semua ok. Asbab saya mula amalkan pemakanan yang sihat (real food) dan mula berhenti makan fast food. Selain tu saya dah mula elak makanan yang ada gluten.

Nak elak gluten tu rasanya macam lagi susah dari nak elak makanan bergula (ada gula putih). {alertWarning}

Kadang tu beli kuih yang diperbuat dari bahan takde gluten, tapi rupanya ada juga peniaga yang campur tepung yang ada gluten dalam resepi kuihnya. Tak boleh nak salahkan peniaga jugak, sebab diaorang pun nak untung, jadi ada la peniaga yang campur gandum dalam kuih yang sepatutnya tak perlu letak gandum. Contohnya Putu Bambu, Kuih bom, dan lain lain.

Belajar buat resepi kuih dan roti tanpa gluten

Nak tak nak, kenalah belajar buat sendiri kuih-kuih ni. Boleh join group FB Resepi Gluten Free ASMRDHIA untuk belajar masak resepi makanan bebas gluten. Kalau nak lagi advance, boleh belajar buat roti, kek, guna Sourdough Gluten Free kat group FB Gluten Free Sourdough - GFSD ASMRDHIA. Banyak perkongsian kat dalam group tu. Semuanya percuma.

Owh btw, boleh guna rujuk  blog Gluten Free Sourdough GFSD dalam Bahasa Melayu untuk ilmu-ilmu berkaitan pembuatan Sourdough Gluten Free,  Starter, jemput-jemput, dan banyak lagi.


Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama