Bukan sekali saya dapat Whatsapp dari pengguna Onexox yang terjebak dengan bil Onexox. Masing-masing kata "Saya tak guna pun simkad ni, tiba-tiba bil sampai. Nak kena bayar pulak" lebih kurang camtulah. Jangan terpedaya dengan simkad percuma Onexox ye.
|
Kalau ada Dealer Onexox offer simkad percuma, Tanya dia betul2, percuma camna. |
{getToc} $title={Topik yang dibincang}
Ambik je simkad ni, FREE
Bukan saya nak menafikan memang Onexox sendiri ada menawarkan simkad percuma. Saya tak pasti plan mana yang percuma. Kalau Prepaid WAWA ok lagi. Yang jadi masalah bila Plan Onexox Black yang diberi percuma dan ayat gula-gula "ambik je, FREE je simkad ni, nanti dah tak pakai buang je".
Keji betul kalau dealer Onexox berniaga cara camtu. Adakah kau faham maksud percuma atau FREE tu?
Tengok post Tuan Arie Sham ni, ni maksudnya kes ni bukan terpencil lagi.
Lokasi dapat simkad percuma
Kat mana biasanya pengguna ni akan terima simkad percuma Onexox ni? Biasanya kat event-event besar yang dianjurkan di seluruh Malaysia. Contoh macam Jom Heboh, Food Festival dan lain lain yang ada crowd pelawat yang tinggi.
Dealer Onexox yang menyertai booth-booth di event berkenaan akan ambil peluang untuk menyebarluaskan jenama Onexox ni pada pelawat-pelawat yang datang.
Dealer Onexox yang baik
Kena dealer yang bertanggungjawab, mereka akan terangkan yang pengguna tidak perlu bayar untuk dapatkan simkad Onexox tu. Tapi nanti bulanan perlu bayar sekiranya plan yang diambil tu plan Onexox Black. Onexox Black ni kira macam postpaid (pra-bayar) la sebab kena topup setiap bulan.
Jadi pengguna tidaklah rasa tertipu dan tolak awal-awal sekiranya mereka tak nak tambah komitmen. Dah elok orang tahu Onexox bantu orang ramai berjimat, jadi lain pulak. Tambah komitmen pelanggan tu nanti.
Dealer terdesak
Kena dengan dealer Onexox yang jenis tak peduli dengan kesusahan pelanggan, dia 'tipu' pengguna dengan tak memberi penerangan lengkap berkenaan simkad Onexox yang diberikan percuma kepada pengguna tu.
Dealer camni tak fikir ke keberkatan rezeki tu? Tak kisah langsung kat pengguna tu faham ke tak faham ke pasal Onexox ni. Yang penting dapat komisen pengaktifan hujung bulan nanti. Pengguna tu? Peduli apa. Pandai-pandailah dia selesaikan masalah dia tu.
Tak bayar bil Onexox, kena blacklisted telco
Tau tak pengguna tu perlu bayar bil tertunggak beserta dengan bil bulan terkini termasuk caj SST 6%? sekiranya mereka nak tutup akaun Onexox tu?
Dan yang paling tak best, kalau pengguna tu tak bayar nanti kena blacklisted telco pulak. Dealer yang gula-gulakan dia dengan simkad percuma tu ntah hilang ke mana. Call tak berjawab, Whatsapp dibluetikkan je.
Persepsi buruk dan negatif
Kena pulak dengan pengguna yang rasa tertipu, memang tak nak ambik tahu la apa pun terma dan syarat Onexox Black, terus nanti diaorang burukkan Onexox. Katanya Onexox tetap caj walaupun tak guna simkad tu.
Benda ni akan jadi persepsi buruk pada masyarakat untuk menggunakan Onexox.
Jadi saya menyerulah kepada dealer Onexox, kalalu nak berniaga tu buat la betul-betul. Terangkan semua terma dan syarat. Barulah hati tenang.
Kepada pengguna pulak, jangan la cepat digula-gulakan dengan barang percuma. There's must be a catch. Mustahil percuma selamanya. Yang percuma tu simkadnya, tak perlu bayar. Tapi bulanannya tetap kena bayar.
Pada pengguna yang sudah terkena tu, nak tak nak kena bayar semua tunggakan dan hubungi careline Onexox di talian 12273 (guna sim Onexox yang aktif) atau 1-300-888-010 (guna sim selain Onexox) untuk memaklumkan penamatan akaun Onexox tu.
Plan Onexox yang sesuai
Lepas tu Whatsapp saya O1113346188 untuk beli simkad Onexox Prepaid atau Black. Saya akan terangkan dan consult plan mana yang sesuai untuk anda.
Sebagai pengguna
UNL35 sejak ianya dilancarkan, saya memang peminat tegar pakej UNL35 ni. Pakej UNL35 ni hanya boleh dilanggan menggunakan Onexox Normal Prepaid. UNL35 ;
- berharga RM35,
- dapat data
50GB 100Gb (Speed 3Mbps), dan 50 minit panggilan Panggilan tanpa had.
Data 50GB tu boleh digunakan dalam masa 30 hari sahaja. Kalau habis awal, boleh langgan semula UNL35 tu anytime untuk masa 30 hari yang baru.
Manakalah minit panggilan 50 minit atau bakinya tu akan dicarry forward ke bulan seterusnya, tak expired ye.
UNL35 ni tak perlu langgan pun kalau tak perlu. Means, kalau data dah habis, atau cyle 30 hari dah habis, boleh je takyah langgan semula. Tapi kalau nak guna, langgan la semula secara manual.