Cara Bid Nombor Plate JPJ guna JPJeBid

Sebenarnya nak bid nombor plate JPJ senang je. Ianya semudah daftar akaun JPJebid, dan masuk bidding nombor yang sedang berada dalam sistem bidding JPJeBid.

Tapi tak dinafikan, bukan semua orang tahu sistem dan peraturannya. Memang la secara asasnya hanya perlu ada akaun JPJebid, pandai explore sistem JPJeBid dah boleh mula bidding nombor. Tapi hakikatnya tak macam tu.


{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}

Perkara Asas Bid Nombor Plate eBid

Ada customer saya yang nak beli nombor plate Putrajaya, dia tanya;

"kenapa saya nak beli plate Putrajaya takde dalam eBid?"

Dari soalan tu saya tahu dia tak faham asas fasa bidding sesuatu siri nombor plate. Saya tanya lagi, Putrajaya je ke yang takde dalam eBid tu? Dia jawab ye, Putrajaya je.

Sekarang cuba cik bagitau saya, apa yang ada dalam eBid tu. Dia pun tunjuk la screenshot JPJeBid. Yang tertera kat situ adalah siri CES. Saya tanya lagi, kenapa plate Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kota Kinabalu, Beaufort takde dalam eBid tu? Tadi cik cakap Putrajaya je takde.

Terus dia jem.

Jangan salah faham ye, tujuan saya buat camni pada customer sebab nak customer faham fasa-fasa nombor plate dimasukkan dalam sistem bidaan JPJeBid.

Saya fahamkan pada customer, semua siri akan masuk ke sistem Bidaan JPJeBid  sebelum running siri kat MySikap habis. Contohnya CES tadi. Kenapa CES ada dalam sistem bidaan JPJeBID? ini kerana CET sedang running dalam MySikap.

Apabila CET habis running, maka CES pulak akan masuk ke MySikap sebagai running number. JPJ akan umumkan (Notis Awam) siri mana yang akan masuk dalam sistem bidaan JPJeBid dalam portal rasminya dan facebook page rasmi JPJ Malaysia.

Jangka masa bid bagi setiap siri adalah 4 ke 5 hari sahaja.

Begitulah proses semua siri nombor plate negeri di Malaysia, kecuali Putrajaya.

Siri Plate Putrajaya dalam JPJeBid

Putrajaya ni special sikit, dia tak running macam negeri lain. Kalau negeri lain, siri seterusnya akan diumumkan oleh JPJ untuk masuk eBid sekiranya siri terkini sedang berlangsung atau dah nak habis.

Berlainan dengan Putrajaya, sama ada siri terkini nak habis atau belum habis, Notis Awam untuk siri Putrajaya akan diumumkan setahun sekali sahaja, iaitu (biasanya) pada April setiap tahun.

Notis Awam JPJ Malaysia

Jadi kesimpulannya, semua nombor yang masuk ke sistem MySikap telah melalui fasa bid di JPJeBid selama 4-5 hari.

Semua siri yang ada dalam JPJeBID telah diumukan oleh JPJ Malaysia (Notis Awam) dalam portal rasmi JPJ Malaysia.

Semua Notis Awam yang diterbitkan oleh JPJ Malaysia adalah berdasarkan siri sebelumnya yang sedang berlangsung (running) di sistem MySikap.

Bagi anda yang nak tahu selok belok Bid Nombor Plate JPJ guna JPJebid anda boleh dapatkan panduan Bid Macam Jerung dahulu. Setidak-tidaknya anda tahu strategi nak bidding dan boleh memahami asas-asas dan situasi bidding menggunakan sistem JPJeBid.

Dapatkan Panduan Bidding (Bid Macam Jerung Free Edition) disini.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama