Nombor pendaftaran kenderaan Putrajaya siri FF sudah mula dibuka untuk tempahan bermula 6 Jun 2024. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan plate FF Putrajaya boleh menghubungi saya di Whatsapp saya O1O6OO9966 (Adzril Magicalips PLT).
Cerita di sebalik nombor plate FF
Setiap siri Putrajaya mesti ada cerita yang boleh dijadikan topik. Untuk plate FF, antara topik yang saya nak kongsikan adalah... "Gila"
Baki plate FF tinggal sikit
Bayangkan dalam 9,999 nombor siri FF, sebanyak 8,348 nombor telah dibida semasa sesi bidaan dalam JPJebid. Ini menjadikan baki untuk 'direbut' hanya tinggal 1,000 lebih sahaja. Saya mengikuti perkembangan dan perbincangan di Group bidding, rata-rata rasa pelik sebab nombor bersepah pun orang bid sampai harga mencecah 2,000-3,000.
Terus harga bid tinggi
Belum lagi cerita ada pembida yang telah membuat bidaan dengan harga RM80,000.00 untuk nombor bidaan yang bermula dengan harga RM3,000.00 pada HARI PERTAMA sesi bidaan berlangsung! Memang tak kasi can langsung orang nak lawan.
Sesi bidding plate FF dilanjutkan
Bagi mereka yang menyertai bidaan, sudah semestinya berpuas hati dengan hari terakhir bidaan siri FF pada 18 Mei 2023 jam 10 malam. Bukan senang ye nak bid dengan sistem jammed seawal 12 tenghari 18 Mei 2023. Jadi bila tiba masa penamat, pembida tertinggi bagi setiap nombor mesti sudah berpuas hati dan gembira.
Namun perasaan tu tak berpanjangan, bidaan siri FF dilanjutkan lagi sehari, yang mana akan tamat pada 19 Mei 2023 jam 10 malam.
Bagi meraka yang sudah menduduki ranking teratas setelah menyerap segala tekanan sistem JPJebid yang jammed terpaksa berjuang sehari lagi demi mempertahankan kemenangan. Dan sudah semestinya perlu menambah jumlah bidaan kerana yang pasti pembida lain juga berpelang masuk bid semula bagi nombor yang mereka idamkan. Umpama dapat peluang kedua.
Sistem Captcha dihapuskan
Bagi melancarkan proses bidaan, pihak teknikal JPJebid telah menyahkan sistem Captcha dalam login JPJebid. Jadi pembida tak perlu nak melalui ujian captcha setiap kali mereka terlogout dari sistem JPJebid.
Jerung borong nombor
Seperti kebiasaan, bagi pihak yang mempunyai modal dan kapasiti yang besar, mereka akan borong sebanyak boleh nombor yang cantik dan akan dijual semula kepada end user selepas tamat bidding.
Masalahnya harga akan jadi lebih mahal dan prosesnya menjadi renyah sebab perlu melilbatkan proses interchange.
Mereka (jerung) ini mempunyai strategi dan plan yang tersusun selain mempunyai modal yang mencukupi. Saya ada dedahkan sebahagian taktik jerung-jerung ini memborong nombor plate di JPJebid dalam Bid Macam Jerung.
Berebut nombor plate FF
Dan khabarnya, ramai runner dan orang persendirian 'berkhemah' di depan kaunter JPJ Putrajaya untuk berebut nombor FF yang berbaki. Rata-rata hanya grab mana-mana FF yang avaiable, asalkan dapat siri FF. Nombor belakang cerita.
Tempahan nombor plate FF Putrajaya
Baki 1,000 lebih siri FF masih berbaki pada waktu ini (selagi artikel ini masih ada). Tak perlu datang ke Putrajaya untuk tempahan, saya bantu anda uruskan pembelian nombor plate FF dari mula sampai selesai dapat slip nombor.
Hubungai saya di O1O6OO9966 (Adzril Magicalips PLT) untuk berurusan lanjut.