Kalau sebelum ni saya jangkakan tempahan plate FE mendapat sambutan yang tinggi disebabkan pelancarannya sama dengan pelancaran Honda Civic FE. Namun saya silap, dalam menerima pertanyaan dan tempahan nombor pendaftaran (Plet) Putrajaya sepanjang tahun 2022, ternyata ramai yang bertanyakan tentang tempahan plate Putrajaya FF. Walaupun FF akan dibuka pada April 2023, dalam senarai menunggu dah ramai yang nakkan FF sejak tahun 2022 lagi.
{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}
Sebab Kenapa FF dijangka lebih diminati?
Hubungi saya untuk tempahan Plate Putrajaya FF {alertSuccess}
Plate Bunyi Kata Nama Khas
Apabila jumlah plate F (Single F) yang baru makin berkurang, maka tiada lagi peluang untuk peminat nombor plate mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan yang mirip boleh dipadankan untuk bunyi seperti kata nama khas.
- Kalau dulu ramai berebut nak F457 (FAST), inilah masanya untuk dapatkan FF457.
- Kalau dulu terlepas F121 (FIZI), F124 (FIZA) dan lain lain nama, inilah masanya.
Double Alphabet Yang Sama.
Salah satu ciri nombor plate yang diidamkan oleh peminat nombor pendaftaran kenderaan adalah nombor yang sama dan berulang. Jadi kalau dapat nombor yang sama dan berulang ditambah dengan alphabet yang berulang, tak ke best tu? Contoh FF77, fuh!
Tapi memang dijangka ramai bid nombor-nombor berulang ni lah untuk dipadankan dengan plate FF ni. Jadi jangan lepaskan peluang ye.
Tak dapat nombor golden (Nombor berulang), dapat alphabet golden (Alphabet berulang, FF) pun dah seronok sangat dah.
FF Kelihatan Lebih Kemas.
Alphabet yang sama ni cenderung untuk kelihatan lebih kemas dan tersusun. Inilah sekali dan satu-satunya dalam cycle (kitaran) double alphabet Plate Putrajaya munculnya double digit yang sama, iaitu FF. Nak tunggu FFF, makan berapa puluh tahun lagi la agaknya.
Nombor plate Putrajaya hanya dilancar dan dibuka setahun sekali. {alertInfo}
Ala-ala versi plate Khas GG, YY, UU, XX
Ramai je tercari-cari plate khas yang dikeluarkan oleh NGO macam GG, YY, XX dan lain-lain. Tapi memandangkan ianya dah sold out, apa lagi pilihan yang ada? FF satu-satunya pilihan yang ada.
Pendaftaran Yang Mudah
Plate special macam GG, YY, UU, XX, pendaftaran perlu dilakukan di JPJ Wangsa Maju dan JPJ Ipoh. Biasanya runner akan uruskan pendaftaran dengan bayaran sekitar RM200 untuk daftarkan K1 dan dapatkan VOC (Vehicle Ownership Certificate).
Tapi untuk plate FF (dan lain-lain siri F, FA, FB, FC, FD, FE), anda hanya perlu memberikan slip nombor kepada SA (Sales Assistant/Advisor) atau kedai motor untuk pendaftaran. Tidak perlu kemana-mana cawangan JPJ.
Jadi sekiranya anda berminat untuk tempah nombor plate FF, boleh hubungi saya di OIO6OO9966 (Adzril Magicalips PLT). Saya akan uruskan tempahan nombor pendaftaran kenderaan Putrajaya sama ada FF, atau F, FA, FB, FC, FD, FE dan mana-mana negeri lain.
Kalau nak nombor plate Special UG, UC, UT, UM, UR pun boleh hubungi saya di nombor saya di atas.