Buat laporan trafik satu atau lebih halaman guna GA4
byAdzril Bloggertalk•
0
Sebelum ni saya ada tunjukkan cara untuk Single Landing Page guna GA4 guna menu Explore. Rupanya ada cara lebih mudah yang memang GA4 dah sediakan. Tinggal nak ubah sikit je (kalau nak ubah). Jadi inilah dia cara-cara untuk buat laporan trafik satu atau lebih halaman blog post guna GA4.
1. Pada paparan home, klik butang Reports.
Klik pada Acquisition, dan kemudian Traffic acquisition.
Pada step ini, korang akan dipaparkan dengan default setting GA4 untuk traffic acquisition untuk keseluruhan blog/website bagi tarikh yang tertera kat atas sebelah kanan tu (rujuk paparan GA4 korang).
Untuk cut short, terus ke Engagement > Landing Page. Ubah report terus. {alertInfo}
Yang standart ni dia paparkan Session default untuk sumber trafik yang masuk ke blog. Haa yang ni la kita nak ubah tu.
Klik kat Customize report yang ikon pensel kat atas kanan tu.
Klik kat Dimension, lepastu klik kat Add dimension.
haa kat sini la kita nak add Dimension baru. Pilih Landing page + query string tu. Taip je page kat situ nanti muncullah Landing page + query string tu. Lepas tu tekan butang Apply.
Belum nampak perubahan kan? Haa ni part yang buat saya teruja ni. hahah!
Tengok kat default Dimension yang GA4 bagi tu, klik anak panah ke bawah tu (dropdown menu) dan pilih Dimension yang baru korang tambah tadi, iaitu Landing page + query string.
Sampai part ni, report akan tunjukkan 10 pages blog atau website korang yang paling banyak trafik mengikut susunan atas paling banyak, dan bawah paling sikit.
Tapi belum siap lagi ye. Sekarang ni lah kita nak main fungsi filter pulak. Untuk pilih page mana yang kita nak pantau trafik atau nak generate laporan trafiknya.
Tengok balik menu sebelah kanan tu, yang Customized Report tu.
Cari REPORT FILTER dan klik kat Add filter.
Macam biasa, klik kat Dimension dan pilih Landing page + query string. Kiranya sekarang ni kita nak filter Dimension la untuk item Landing page + query string.
Sebelum nak terangkan kat sini. Untuk filter ni, yang bestnya korang boleh filter untuk 1 page je, atau boleh pilih beberapa page sekaligus. Contoh la macam saya nak pantau trafik berkaitan Onexox, jadi saya akan pilih artikel-artikel yang berkaitan Onexox untuk saya pantau berapa trafik bulanan yang masuk.
Al-maklumlah, blog bercampur-campur niche.
Kat bahagian Dimension values tu, masukkan la kata kunci yang boleh seru nama page atau permalink page korang tu, untuk korang tick tick artikel mana yang nak dipantau trafiknya.
Lepas dah setel tick kat artikel yang korang pilih, klik OK lepas tu klik butang Apply. Tunggu dia loading jap.
Jadi inilah report yang keluar. Ada 5 artikel yang saya pilih untuk saya tengok performance dia.
Yang bestnya report ni kita boleh save dan guna untuk hari lain. Cuma tukar tarikh je.
Cara nak save, tekan je butang Save yang ada ikon disket tu.
Untuk dapatkan semula laporan yang korang dah custom tu, klik kat menu reports sebelah kiri dan klik pada Library kat menu sebelah kiri bawah yang ikon folder tu.