Uji Kecekapan Mengira Dengan Game CoreNum

 Game CoreNum ni saya cipta khas untuk menguji kecekapan otak kita untuk mengira. Anda akan diberikan 4 nombor untuk anda tambah kesemua digit nombor berkenaan sehingga menjadi 1 digit nombor. Nak tak nak memang otak anda perlu mencongak semua proses tambah tu.


Idea dari atas jalan raya

Idea asal Corenum ni terhasil semasa saya ulang-alik pergi balik kerja dengan jarak 190KM sehala. Setiap kali perjalanan saya akan kebosanan. Jadi saya akan perhatikan nombor plate kereta dan motorsikal yang berada atas jalan.

Untuk mengisi 'masa lapang' yang ada, saya mengira nombor-nombor plate kenderaan yang ada dengan menambah kesemua nombor untuk dijadikan 1 digit.

Cipta rumus untuk mudahkan proses pengiraan

Apa yang menariknya, semakin lama saya mengira, otak saya mencipta satu rumus mudah untuk selesaikan masalah (tambah sehingga jadi 1 digit) dengan masa yang sangat pantas.

Seumpamanya macam sekilas pandang saya dah tahu berapa Core Number dari kombinasi 4 nombor tu. 3 digit tak perlu cerita, lebih mudah untuk dapatkan core numbernya. Dari situlah wujudnya nama CoreNum ni.

Masuk ke CoreNum untuk uji kecekapan anda mengira. {alertSuccess}

Jadi dengan bantuan AI (artificial intelligent) ChatGPT, saya pun mula merelisasikan idea ini ke alam virtual yang nyata. Anda pun boleh cuba latih minda anda untuk mengira dengan pantas.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama