Cara beli USDT menggunakan Binance

 Sebelum ni saya tak ambil kisah camna nak dapatkan USDT ni. Tapi since dunia crypto makin pantas, saya kena belajar sendiri camna cara nak beli UDST menggunakan Binance.

Ini adalah cara terkini untuk dapatkan USDT (semasa artikel ini ditulis).

1. Pada bahagian Home, pilih menu P2P trading seperti gambar dibawah ni.


Seterusnya pastikan anda select pada USDT (sebab nak beli USdT) dan pilih seller yang bagi rate dan syarat yang sesuai. Tekan BUY pada seller pilihan itu.

Pastikan currency adalah RON (rujuk currency atas sebelah kanan dalam gambar tu)


Selepas itu baca lah arahan yang diberikan oleh seller. Biasanya seller akan sertakan sekali nombor Whatsapp dalam description.

Masukkan jumlah dalam RM yang hendak dibeli. Dalam sistem dikira Lei. 1 lei = RM1. Dan kemudian tekan butang BUY with 0 fee.


Anda dikehendaki membuat pindahan duit ke akaun yang diberikan dalam tempoh yang diberikan. Biasanya 15 - 30 minit.

Copy siap-siap order number untuk diletakkan sebagai rujukan (reference) transfer duit tu nanti.

Lepas siap transfer, screenshot resit tu.

Pergi balik ke Binance dan tekan butang Transferred, notify seller.

Seller akan masukkan jumlah USDT yang dipersetujui ke dalam wallet Binance anda dalam masa 7 minit. Biasanya tak sampai 2 minit seller dah release.

Kalau seller belum release cypto yang anda beli dalam tempoh yang diberikan oleh Binance, anda boleh terus Whatsapp seller.


Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama