Biskut Crackers Gluten Free The Kitchen Project

Anak saya selalu la nak kunyah-kunyah sesuatu tak kira masa. Biasanya biskut, roti atau coklatlah yang jadi pilihan. Tapi biskut dan roti ni masalah utama dia memang mengandungi gluten sebab diperbuat dari gandum. Anak saya pulak sensitif kat bahan-bahan gluten ni. Sama la dengan saya. Jadi saya carilah sesuatu yang sihat dan jumpa dengan biskut Crackers Gluten Free kat Shopee ni.

Size yang ideal untuk jadikan orang makan tak henti.

Sebenarnya banyak pilihan kt Shopee ni untuk produk makanan yang gluten free. Tapi saya saja nak cuba satu produk dari The Kitchen Project ni. Dalam description product dia tulis bahan-bahan yang digunakan. Semuanya bahan yang sihat dan memang mahal.

Apa kata customer?

Pertama sekali memang saya tengok review. Rata-rata customer cakap sedap dan anak-anak diaorang suka. Dah cukup la 2 point tu;
  1. Sedap
  2. Anak-anak suka.
Review dari customer kebanyakannya positif


Kontra

Kontra untuk tempahan Crackers ni cuma 1, tak berapa nak cepat. Sebab tempahan berdasarkan pre-order. Jadi setiap kali dapat tempahan baru owner siapkan fresh untuk customer. Atau owner siapkan ikut batch. Tapi takpe, saya pun ok je.

Pro (Addictive)

Bila dapat je crackers ni, memang saya akui ianya sedap dan addictive. Once kunyah akan terus kunyah tanpa henti. Anak saya yang particular dengan makanan pun suka dengan crackers berperisa coklat ni.

Biasanya kalau makanan ada gluten, perut saya akan meragam. Tapi terbukti yang crackers ni gluten-free sebab saya boleh makan tanpa perut rasa senak, sebu dan lain-lain yang tak sedap.

Jadi saya bagi 5 bintang untuk crackers dari The Kitchen Project. Untuk membeli boleh klik Crackers Gluten Free The Kitchen Project.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama