Cara Buat EM-1 untuk Pertanian dan Penternakan

Saya pun baru lagi bab pertanian dan penternakan ni. Apa yang saya faham EM (Effective Microorganism) digunakan untuk untuk disiram di tanah untuk membaiki struktur tanah dan menjadikan pokok tumbuh lebat. Pendek kata EM ni digunakan untuk tumbuhan dan tanah. Jadi saya pun search la cara buat EM-1 untuk pertanian dan penternakan kat Youtube. 

Selain tu, EM juga disembur ke tinja ayam atau kambing untuk proses membuat baja. {alertInfo}


{getToc} $title={Topik Rengking}

Bahan-bahan yang diperlukan

  1. Air Basuhan beras 
  2. Susu segar (Fresh milk)
  3. Bekas

Cara-cara untuk buat EM-1 bagi Tujuan Pertanian dan Penternakan

  1. Basuh beras dan air basuhan yang pertama yang pekat tu disimpan dalam bekas ditutup secara rapat. Simpan antara 5 - 7 hari.
  2. Selepas 7 hari, tapis air basuhan beras tadi untuk asingkan bahan kental yang terhasil dari peraman selama 7 hari tadi. Kita perlukan air yang telah ditapis itu.
  3. Sediakan susu segar untuk dicampurkan dengan air basuhan beras yang sudah ditapis tadi.
  4. Campurkan susu segar tadi dengan nisbah 1:10. Contoh 1 gelas tapisan air basuh beras, dicampur dengan 10 gelas susu.
  5. Campuran ni ditutup rapat menggunakan kain supaya takde serangga atau ulat masuk. Simpan lagi 7 hari jugak.
  6. Selepas 7 hari, dah siap EM-1. Untuk tahan lama, campurkan dengan malosses dengan kadar nisbah 1:1 untuk EM-1 bertahan lama.
Selepas dicampur malosses ke dalam EM-1 tadi, simpan dalam bekas yang bertutup rapat tapi longgarkan sikit untuk pengudaraan dan disimpan ditempat yang teduh. EM-1 yang telah dicampurkan dengan molasses boleh disimpan sehingga 6 bulan.

Namun sekiranya campuran EM-1 dan molasses ini sudah mula berbau masam, hanya perlu tambahkan gula pasir pada EM-1 tersebut. Proses ini dinamakan feeding. Sama macam proses buat Starter (pengembang) makanan.

Sebenarnya molasses ni adalah makanan kepada mikroorganisme EM-1 yang kita buat. Dengan adanya molasses, maka EM-1 akan bertahan lama.

Beli EM-4 kat shopee. Lebih murah, jimat masa. {alertInfo}

 

Cara Guna EM-1 Pada tumbuhan

Untuk 1 liter air, campurkan dengan 2 penutup botol EM-1. Semburkan pada keseluruhan pokok dan siram pada tanah.

Untuk melancarkan kerja-kerja penyemburan, boleh guna tong yang biasa orang guna untuk meracun rumput tu.

Cara Upgrade EM-1 jadi EM-2, EM-3 dan EM-4

Kandungan mikroorganisma dalam EM-2 secara teorinya lebih banyak berbanding EM-1. Jadi ianya lebih efektif dan powerful.

Untuk jadikan EM1 kepada EM2, EM1 perlu dicampurkan dengan buahan dan sayuran macam nenas atau kulitnya, dengan nisbah 1:1 dengan EM1 tadi dan diperam selama seminggu lagi.

Maksudnya step kedua tu perlu tunggu 7 hari lagi dan terjadilah ianya EM2. Untuk step kedua ni, perlu tutup rapat2 bekas tu. Cukup seminggu, tapis air peraman tu tadi. Maka jadilah EM2.

Untuk jadikan EM-3, campuran EM2 ni perlu dicampur dengan dedak, air basuhan beras, dan gula merah. Tunggu seminggu dan tapis airnya, jadilah EM-3.

Seterusnya untuk jadi EM3 ke EM4 paling senang. Tutup rapat (simpan) selama lagi seminggu, maka terjadilah EM4.

Beli EM-4 kat shopee. Lebih murah, jimat masa. {alertInfo}

5 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

  1. Sukatan untuk em 1 tu..nak kena guna penutup botol besar mana tu Utk 1 l air..anggaran berapa ml Utk 1 l air

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya gunakan penutup botol susu farm fresh tu. memang simpan em-1 tu dalam botol tu.

      Padam
  2. Terima kasih atas perkongsian ilmu

    BalasPadam
  3. susu tepong bancuh bole ka?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama