Sebenarnya dah lama saya teringin nak rasa roti naan kat RSMY Putrajaya ni. Bersebelahan dengan kedai Dayang Sarawak. Ini je lah tempat yang saya nampak menjual roti naan cheese sebagai killer produk dia.
Naan Cheese agak berminyak. |
Member pulak warn awal-awal. Katanya rating Google Maps Naan Cheese RSMY ni 3.7-3.8 je.
Saya cakap OK lah tu 3.8, kira tinggilah tu.
Tapi dia cakap, rating 4.5 keatas barulah kedai tu sediakan makanan yang sedap, kalau bawah 4.5 biasanya memang makanannya so so ajer.
Saya cakap, ok jom buktikan. Saya tak suka la percaya sangat kat rating ni. Saya ada satu prinsip, tak sedap kat perut orang lain, mungkin sedap kat tekak saya.
Jadi saya pun order la naan cheese beserta keema/kima (daging kisar) dan air teh ais. Kawan saya order naan chese special (cheese lebih), ayam tandoori dan air suam.
Bukan set ye. Memang ala cart. |
Portion besar beb. Teruja nak makan sebab kami memang lapar. Tapi sebenarnya memang mengejutkan sebab roti naan cheese tu tak sedap. Keema pun so so je rasanya.
Inilah keema/kima. Daging kisar dimasak kari kot. |
Member saya muka dah lain. Dia ni jenis makan banyak. Setakat nasi ayam dia boleh makan 2 pinggan sekaligus. Tapi roti naan cheese dia tu, baru makan 2 slice dia cakap tak boleh nak habiskan. Siap dia offer ayam tandoori dia (agak kering) kat saya.
Saya sendiri pun tak boleh nak telan. Saya perhati sekeliling. Kedai bersih, orang tak ramai. Tapi haritu servis agak slow. Nak kena suwit banyak kali baru datang ambik order.
Saya akhirnya akui, memang rate 4.5 kebawah, biasanya kedai tu makanan tak sedap sangat. Kalau sedap mungkin ada kurang kat part lain macam servis lambat atau kurang mesra. Atau mungkin harga yang tak berpatutan.
Boleh dikatakan harganya agak tak berpatutan dengan rasa makanan tu. Bab portion, no komen. Mungkin ada yang akan cakap ok dengan harga camtu.
Tapi saya percaya, kedai mamak lain yang tak jadikan roti naan sebagai produk utama dia lagi sedap dari kedai ni.
Maaf, saya bukan nak jatuhkan mana-mana bisnes. Cuma sekiranya ada sesiapa yang rasa pengalaman saya ni dah outdated, boleh inform kat saya di bahagian komen. insyaAllah saya alan repeat balik sekiranya resepi dan cara masak naan cheese tu dah diperbaiki.
Sebenarnya tujuan review saya lebih kepada memberitahu bakal pelanggan 'apa yang perlu dijangka' sekiranya nak makan kat RSMY Putrajaya ni.
Bagi owner RSMY Putrajaya, sekiranya anda membaca review ini, boleh la kiranya anda membuat penambahbaikan apa-apa yang perlu. Tanya lah customer feedback mereka.
Atau at least jenguk-jenguklah review kat Google maps tu. InsyaAllah boleh majukan lagi kedai.
Thanks.
Adzril, Bekas Pemburu Naan Cheese sekitar lembah Klang.
Last time saya makan naan cheese kat Pak Putra Melaka, memang sedap.