Macam yang saya terangkan dalam artikel sebelum ini, cara untuk tempah plate Putrajaya, kalini saya nak lanjutkan lagi isu yang timbul sepanjang saya menjalankan perkhidmatan runner plate Putrajaya ni.
Isu paling saya khuatiri adalah sesetengah JPJ cawangan lain (termasuk UTC) tidak menerima atau tidak boleh membuat pembayaran booking plate Putrajaya. Alasannya nombor plate Putrajaya hanya boleh dibayar di Putrajaya.
Bila berlaku je perkara camni, saya dah gelisah. Sebab urusan akan jadi makin rumit.
Bukan saya tak pernah confirmkan dengan pegawai JPJ Putrajaya (bahagian perlesenan dan kaunter pembayaran) berkaitan perkara ini. Sudah berkali-kali (lebih 3 kali) saya tanya secara verbal, dan YA, pembayaran nombor plate Putrajaya BOLEH DIBUAT DIMANA-MANA CAWANGAN JPJ DI MALAYSIA.
Yang saya kesalkan, cawangan JPJ yang mengatakan tidak boleh buat pembayaran plate Putrajaya tu tak bagi justifikasi kenapa pembayaran tak boleh dibuat. Hanya dengan mengatakan "tak boleh kat sini sebab plate Putrajaya, perlu buat di putrajaya"
Sekurang-kurangnya cuba buat crosscheck dengan JPJ Putrajaya dulu. Itu lebih elok.
Jadi. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi, saya ambil keputusan untuk memberikan tuan-puan pilihan untuk saya pergi bayarkan terus booking plate Putrajaya tadi di JPJ Putrajaya sejurus booking nombor plate berjaya dengan kadar bayaran RM600 (untuk nombor biasa/popular) all in.
Resit pembayaran dari JPJ ini tuan puan terus serahkan/forward kepada seller atau salesman kereta untuk urusan insuran, cukai jalan dan pendaftaran ke kenderaan tuan puan.
Tapi sekiranya tuan/puan nak buat urusan pembayaran dan yakin JPJ tempat tuan/puan boleh terima pembayaran untuk plate JPJ, tuan puan boleh proceed. Lagipun saya baru terima 3 tempat je yang tak nak terima pembayaran plate Putrajaya ni. Cawangan Tapah, Terengganu dan Wangsa Maju. Saya yakin bukan JPJ cawangan tu tak boleh buat, mungkin pegawai yang bertugas waktu tu tak tahu nak buat.
update: Saya hanya menerima tempahan untuk proses keseluruhan dari A to Z bermula dari November 2020 untuk melancarkan urusan.