Selepas anda faham langkah dah prosedur cara daftar no plate Putrajaya pada artikel saya sebelum ini, sekarang saya nak kongsikan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk anda daftar nombor plate Putrajaya ni.
Pendaftaran nombor plate Putrajaya |
Dokumen Untuk daftar no Plate Putrajaya
Dokumen yang diperlukan hanyalah;
- Salinan kad pengenalan (Depan dan Belakang) pemilik bakal kenderaan yang nak dibeli.
- Nombor telefon (bukan dokumen pun ni)
Salinan kad pengenalan dan nombor telefon mestilah milik kepada individu yang hendak beli kereta atau motor. Tak boleh guna nama orang lain dan daftar kenderaan atas nama orang lain.
Persediaan dokumen untuk daftar no Plate Putrajaya.
Memandangkan pendaftaran nombor plate Putrajaya ini tidak dibuat menggunakan sistem MySikap (Buat masa ini) maka anda perlu menyenaraikan nombor-nombor yang hendak dibeli.
Sebagai contoh;
FC 1234FC 2345FC 3456FC 9847FC 123FC 1227 {alertInfo}
Anda boleh rujuk huruf mana yang sedang open for registration untuk nombor plate F (Putrajaya) ini di artikel saya bertajuk senarai nombor plate Putrajaya terkini.
Anda boleh menyenaraikan seberapa banyak pilihan nombor. Sekiranya pilihan pertama tiada (telah didaftar), anda boleh proceed pilihan nombor yang kedua dan seterusnya.
Sekiranya semua nombor yang anda idamkan telah didaftarkan oleh individu lain, anda perlu pilih mana-mana nombor yang ada. Sekiranya saya diupah untuk membuat urusan ini, saya akan beritahu awal-awal yang saya akan pilih dan daftarkan mana-mana nombor yang ada.
Yang penting sekarang anda dapat nombor pendaftaran Putrajaya (F).
Anda boleh baca kadar upah yang saya kenakan di artikel Cara beli no Plate Putrajaya.
Prosedur Pendaftaran No Plate JPJ
Prosedur untuk daftar nombor plate di JPJ Putrajaya;
- Pilih nombor (sekiranya ada, nombor itu akan dibooking, sekiranya tiada saya akan pilih secara rawak/running)
- daftar nombor
- terima memo pendaftaran
- bawa memo ke kaunter pendaftaran (Bangunan lain)
- buat bayaran di kaunter.
- serahkan slip/memo pendaftaran kepada penjual kereta/motor untuk didaftarkan.
Proses ini memang agak renyah. Perlu masa dan kesabaran yang tinggi. Kalau anda rajin anda boleh buat semua urusan ini sendiri. Atau anda serahkan kepada kedai/salesman yang jual kereta atau motor tu untuk beli nombor plate Putrajaya tu untuk kenderaan anda.
Harga yang di caj untuk no plate Putrajaya
Tapi biasanya mereka akan cakap nombor plate Putrajaya ini khas untuk penduduk Putrajaya sahaja. Atau mereka akan caj dengan harga yang agak tinggi RM800 ke RM1000 untuk nombor biasa, dan RM2000 ke RM6000 atau lebih untuk nombor istimewa (AABB,ABBA,ABAB).
Atau anda boleh upah saya untuk uruskan dari step 1 sehingga 3 langkah-langkah diatas dengan kadar yang anda terpaksa terima :) Tapi anda perlu faham proses dan prosedurnya dahulu untuk melancarkan urusan ini.
Whatsapp saya O1O6OO9966 untuk keterangan lanjut.
Anda sendiri tentukan.