Dah 3 kali Ah Ching (tukang pasang ekon) datang kat pejabat baru saya untuk tengok apa problem aircond yang tak sejuk. Dia jugak yang pasang, tapi dia sendiri tak tahu apa masalah. Tapi bagusnya dia ni, sedaya upaya nak betulkan dan bertanggungjawab atas ekon yang dia pasang ni.
HTML Code Example
{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}
Kali ketiga dia datang, dia ubah kedudukan Compressor ekon tu dari kedudukan tinggi jadi sedikit rendah. Macam tak effect je, tapi tak taulah kenapa dia buat camtu. Hahahaha!
Sebelum dia balik, dia pesan. Nanti kalau ada apa-apa problem terus inform dia. Sebenarnya sebelum dia balik lagi saya dah rasa ekon tu jadi tak sejuk pulak. Sebelum ni ekon sejuk cuma masalahnya compressor shut off selepas 30 minit running. Tapi saya faham la dia dah penat, saya pun dah penat. Nanti-nanti je la inform dia. Lepas mahgrib baru saya Whatsapp dia pasal ekon tak sejuk lagi.
Esoknya dia hantar member dia. Saya tanya nama, dia kenalkan diri "u panggil saya Un"
Un ni macam ye ye je masuk pejabat terus bukak cover ekon. Terus pegang cooling coil. Ada dalam seminit dua jugak dia pegang. Lepas tu dia check pulak outdoor unit. Ntah apa yang dia buat, saya memang tak tahu.
Sekejap je dia buat. Terus dia masuk bilik balik dan mintak saya tunggu 30 minit. Sambil-sambil tu dia ajak borak.
Borak punya borak, dah lebih 30 minit. Aircond masih sejuk dan compressor masih running.
Awal-awal saya tanya Un, apa problem? Dia cakap kita tunggu lepas 30 minit saya kasitau sama u.
Oklah.
Dah lepas 30 minit, ekon ok. Un bukak cerita. Dia cakap Ah Ching tak cek amp. Dia cuma cek pressure gas je. Lepas tu dah masuk bab teknikal ekon, saya just layan je. Dari lagak dia bercakap, saya tau Un ni memang pakar bab ekon.
Dia tak lokek ilmu. Semua dia bagitau. Siap tunjuk tools apa yang bagus untuk buat kerja-kerja pasang ekon.
Aih lama pulak dia ajak borak. Dari bab teknikal ekon, masuk bab tools, dan isu semasa. Saya pun cuba layan dan cari topik yang best sket.
Hp Sesuai untuk bilik (Cara kira)
Saya tanya satu soalan yang mungkin ramai orang nak tahu. Berapa hp aircond yang sesuai untuk sesebuah bilik? Saya cakap lah nak pasang ekon kat ruang tamu (ruang tengah) pejabat. Un cakap tak boleh main agak-agak. Mesti mau kira.
Jadi dia bagilah rumus perkiraannya.
- Panjang(kaki) x Lebar(kaki) x 80, untuk ruang yang dapat cahaya matahari direct (panas la tu).
- Panjang(kaki) x Lebar(kaki) x 70, untuk ruang yang terlindung dari cahaya matahari. {codeBox}
Dapat je jawapan, gunakan nombor dibawah ni sebagai rujukan.
- Sekiranya 10,000 - 11,000, sesuai pasang aricond 1 horse power (hp)
- Sekiranya 12,000 - 15,000, sesuai pasang aricond 1.5 horse power (hp)
- Sekiranya 16,000 - 20,000, sesuai pasang aricond 2 horse power (hp)
- Sekiranya 21,000 - 26,000, sesuai pasang aricond 2.5 horse power (hp)
- Sekiranya 27,000 dan ke atas sesuai pasang aricond 3 horse power (hp), atau hubungi dia untuk konsultasi. {codeBox}
Nak senang, terus je gunakan Kalkulator kira HP Aircond yang saya dah siapkan. Cuma perlu masukkan Panjang dan Lebar bilik je.{alertSuccess}
Jenama Aircond yang baik
Bab jenama pulak, Un cakap tak kisah apa-apa jenama asalkan cara pasang ekon tu betul. Dia cakap, kalau jenama mahal, tapi pasang ekon pun leaking baik tak payah.
Servis Aircond
Un kongsi lagi bila masa yang sesuai untuk servis aircond.
Pertama sekali, perhatikan bau aircond semasa mula-mula start. Kalau bau busuk, dah boleh panggil dia untuk servis. Caj dia RM100-RM120.
Lepas tu boleh tengok habuk kat dalam indoor unit tu. Bukak cover dan cabut filter. Tengok je guna mata kasar, kalau banyak habuk, boleh la panggil dia untuk servis.
Selain tu, rasa angin yang tak sekata. Mula-mula bukak cover aircond dan filter. Lepas tu gunakan belakang tapak tangan untuk rasa blow angin. Sekiranya tak sekata, dah boleh servis aircond.
Ketahanan
Ketahanan sesebuah aircond bukanlah pada jenamanya. Tetapi bergantung kepada cara pemasangan yang betul. Kalau aircond yang kondisinya baik, paling-paling boleh tahan sehingga 12 tahun.
Dia cakap, cari la jenama paling loya pun, mesti tahan kalau pemasangnnya pun cantik.
Lepas ni boleh la cari aircond jenama AUX yang viral haritu kat facebook & twitter. Sebab saya dah pasang cita-cita nak pasang lagi sebijik ekon kat bilik kerja pulak.
Boleh hubungi Ng Chiang Un untuk sekitar Muar di talian 0177611556 atau 0165596503.
Pasang Kalkulator HP Aircond dalam blog
Bagi anda yang nak pasang kalkulator yang saya buat ni, boleh copy kode di bawah ini dan paste di blog atau website anda sendiri.
<!DOCTYPE html>
<html lang="en">
<head>
<meta charset="UTF-8">
<meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1.0">
<title>AC Calculator</title>
<style>
.calculator-section {
position: relative; /* Make the container position relative */
background-color: #fff;
padding: 20px;
border-radius: 10px;
box-shadow: 0 0 10px rgba(0, 0, 0, 0.1);
max-width: 400px;
width: 100%;
margin: auto; /* Center the calculator on the page */
}
/* Logo styles */
.logo {
position: absolute; /* Position the logo absolutely within the container */
bottom: 10px; /* Distance from the bottom */
left: 10px; /* Distance from the left */
}
.calculator-heading {
text-align: center;
margin-bottom: 20px;
}
.calculator-form {
display: flex;
flex-direction: column;
}
.calculator-label {
margin-bottom: 10px;
}
.calculator-input {
padding: 10px;
border: 1px solid #ccc;
border-radius: 5px;
margin-bottom: 10px;
font-size: 16px;
}
.calculator-button {
padding: 10px;
background-color: #007bff;
color: #fff;
border: none;
border-radius: 5px;
cursor: pointer;
font-size: 16px;
margin-bottom: 10px;
transition: background-color 0.3s;
}
.calculator-button:hover {
background-color: #0056b3;
}
.calculator-button:last-child {
margin-bottom: 0;
}
.calculator-result {
margin-top: 20px;
font-size: 18px;
font-weight: bold;
text-align: center;
}
.calculator-radio-container {
display: flex;
justify-content: center;
margin-bottom: 10px;
}
.calculator-radio-button {
flex: 1;
margin: 0 5px;
}
</style>
</head>
<body>
<div class="calculator-section">
<h2 class="calculator-heading">Kira Horsepower (HP) Aircond</h2>
<form class="calculator-form">
<label class="calculator-label" for="length">Panjang Bilik (feet/kaki):</label>
<input class="calculator-input" type="number" id="length" name="length" required><br>
<label class="calculator-label" for="width">Lebar Bilik (feet/kaki):</label>
<input class="calculator-input" type="number" id="width" name="width" required><br>
<label class="calculator-label">Adalah ruang bilik terkena sinaran matahari secara direct?</label>
<div class="calculator-radio-container">
<button class="calculator-button calculator-radio-button" type="button" onclick="selectSunlight('yes')">YES</button>
<button class="calculator-button calculator-radio-button" type="button" onclick="selectSunlight('no')">NO</button>
</div>
</form>
<p class="calculator-result" id="result"></p>
<a href="https://www.rengking.com">
<img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoUga4fVzQBbHTaOR9skMOWGhvsZnGOz4UhUVPkBJxVTjvnXC9J8ZXPxYXsXWfS1V1J2kF9FN_F9_40gMplt6bUJaWkS9om3HjGKgmse7u33QW6Ot_5FqmxW2FHj6bpxDPzTQv5v8YMmtct2kObb3Psx0La5Zqg74kK0bollSI0fZdgVoQbsGsn5TgkJzK/s94/logogamekecik.png" alt="Logo" class="logo">
</a>
</div>
<script>
let selectedSunlight = '';
function selectSunlight(value) {
selectedSunlight = value;
document.querySelectorAll('.calculator-radio-button').forEach(button => {
button.style.backgroundColor = '#007bff';
});
document.querySelectorAll('.calculator-radio-button').forEach(button => {
if (button.textContent.toLowerCase() === value) {
button.style.backgroundColor = '#0056b3';
}
});
calculate(); // Automatically calculate when sunlight option is selected
}
function calculate() {
const length = parseFloat(document.getElementById('length').value);
const width = parseFloat(document.getElementById('width').value);
if (!length || !width || !selectedSunlight) {
return; // Exit early if any field is empty
}
const result = length * width * 80; // Assuming 80 as a constant factor
let horsePower;
if (result >= 10000 && result <= 11000) {
horsePower = '1 horse power (hp)';
} else if (result > 11000 && result <= 15000) {
horsePower = '1.5 horse power (hp)';
} else if (result > 15000 && result <= 20000) {
horsePower = '2 horse power (hp)';
} else if (result > 20000 && result <= 26000) {
horsePower = '2.5 horse power (hp)';
} else {
horsePower = 'Contact your nearest technician for consultation';
}
document.getElementById('result').innerText = `Estimated cooling capacity: &{result.toFixed(2)} BTU\nRecommended AC size: &{horsePower}`;
}
</script>
</body>
</html>
Mantap
BalasPadamalhamdulillah.
PadamAssalamualaikum...terima kasih atas info...boleh sy tau Mr. Un masih servis air cond bro lg?
BalasPadamSetakat hari ini, Un masih buat kerja-kerja aircond.
Padamboleh tau un buat svc area mana
BalasPadamUn cover area Muar - Pagoh
Padam