R15 Yamaha Motor terbaik pernah aku miliki
Biasalah.. Benda dah takde mesti lah akan dirindui. Camtulah jugak dengan kisah saya dengan Yamaha R15 ni.
Dah setahun lebih saya guna motor ni. Kalau ikut rekod, kebanyakan motor saya memang guna 1 tahun sahaja. Modenas Elegan 250 setahun, KTM RC 200 setahun, Yamaha R15 ni pun setahun. Yamaha LC je lah 8 tahun. Itu pun sebab belum minat motor lagi time pakai tu.
Jadi apa yang boleh saya simpulkan setakat ni, Yamaha R15 adalah motor terbaik yang pernah saya miliki dalam kelasnya.
Maintenance murah dan senang jaga
Harga yang berpatutan, maintenance atau servis yang murah, ciri-ciri keselamatan yang tinggi, tangki petrol yang besar, cc yang kecik, design yang cantik, teknologi canggih.Perkara ni saya dah jangka dah sebelum saya beli motor Nmax 155 menggantikan R15 ni. Tapi saya anggap benda ni tak lama. Saya tak nak emosional kat motor. Saya anggap ianya hanyalah kenderaan yang bawak saya dari point A ke point B.
Skuter Nmax dipilih bagi menggantikan tugas R15 sebab praktikalitinya sebagai sebuah skuter.
Pemilihan Nmax pun sebab ciri-ciri yang sama ada pada R15. Enjin 155 dengan teknologi VVA, model Yamaha. Haa tu jelah yang sama.
Sepatutnya saya tak jual motor R15 ni dan gantikan dengan Nmax. Lebih baik saya beli je Nmax tanpa korbankan pemilikan R15 ni.
Bak kata saya dalam video kat atas ni, saya terima penyesalan saya.