Motor terbaik pernah saya miliki. Yamaha R15 V3. |
Saya ni rajin jugaklah melepak kat group motor Yamaha R15 kat facebook tu. Antara salah satu topik yang orang suka bincang pasal motor r15 ni adalah penjimatan minyak selain top speed Yamaha R15 ni.
Ada macam-macam versi saya dengar.
Ada yang kata dapat 500km full tank. Ada jugak yang cakap dapat 600km setangki penuh. Fuh!
Yang peliknya, jarak 500km dengan petrol tangki penuh tu dilenjan dengan 120 ke 150 km/j. Dahsyat punya jimat tu.
Tapi betul ke? Baru-baru ni ada post terbaru dari salah seorang pengguna Yamaha R15 kat group facebook tu tanya "betul ke satu tangki penuh boleh dapat 500km? Aku punya baru 250km meter dah berkelip"
Hah! Jadi mana yang betul ni? Pertanyaan brother tu sebenarnya dah lama terngiang-ngiang kat kepala otak saya selama ni. Saya menafikan orang kata satu tangki penuh boleh dapat jarak perjalanan 500km, lagi-lagi dengan speed 120-150km/j.
Jadi untuk memastikan fakta mana yang betul, saya perlu dapatkan data-data ni sendiri. Tak nak la percaya cakap orang. Jadi saya perlu buat eksperimen.
Untuk satu tangki penuh R15 11 liter, dapat jarak perjalanan 250km dan meter petrol berkelip tu dah biasa. Saya dapat 250km tu pun sebab cara bawak yang tak konsisten. Kejap maintain 100kmh, kejap sesah 150kmh.
Jadi eksperimen yang saya perlu buat adalah mendapatkan jarak 500km dengan isian petrol penuh tangki Yamaha R15 11 liter.
The beauty of R15 |
Sangkut Paddock kat R15 |
Saya isi minyak kt Petronas guna Apps SETEL senang nak buat isian penuh.
Saya maintain speed 80-100km perjam. Cukup disiplin ye. Sedap pulak enjin R15 bila maintain speed bawah 100kmh ni. Gebu.
Dengan maintain kelajuan bawah 100km per jam, secara keseluruhan saya dapat habiskan jarak perjalanan sepanjang 459km! Meter dah berkelip lama time ni. Sekarang nak tahu berapa baki petrol dalam tangki.
Saya pun buat isian penuh sekali lagi. Sampai tahap petrol melimpah. Hehe takde lah melimpah, cukup la sampai penuh tangki tu. Meter kat pam petrol menunjukkan jumlah isian adalah 9liter.
Maksudnya kat sini, baki kat dalam tangki sebelum saya buat isian penuh adalah berbaki 2 liter.
Jom sekarang kita buat kira-kira untuk anggaran jumlah jarak yang mampu ditempuhi oleh Yamaha R15 dengan tangki penuh.
Untuk 1 tangki penuh R15 boleh dapat lebih kurang (anggaran) 561KM boleh dikira sangat jimat. Kiraan jimat sebenarnya cukuplah dengan kita tahu 1 liter boleh pergi berapa jauh. Tapi saya gunakan kelebihan lain yang ada pada R15 tapi takde pada motor yang sekelas dengannya iaitu tangki sebesar 11 liter.
Tapi macam yang saya bagitau tadilah, untuk dapat 561KM dengan 1 isian penuh kena bawak motor dengan kelajuan 80 ke 100 km sejam sahaja. Tak boleh lebih. Kalau lebih setakat 250KM meter minyak dah berkelip ye kawan-kawan.
Jadi camna dengan pendapat korang? Motor mana yang lebih jimat penggunaan petrolnya?
Satu Tangki Penuh = 11 Liter
Jarak yang diperolehi dengan 9 liter = 459KM = 459/9 = 51KM per Liter.
Jadi untuk 11 liter, sepatutnya Yamaha R15 boleh pergi 51KM x 11 Liter = 561 KM!
Untuk 1 tangki penuh R15 boleh dapat lebih kurang (anggaran) 561KM boleh dikira sangat jimat. Kiraan jimat sebenarnya cukuplah dengan kita tahu 1 liter boleh pergi berapa jauh. Tapi saya gunakan kelebihan lain yang ada pada R15 tapi takde pada motor yang sekelas dengannya iaitu tangki sebesar 11 liter.
Tapi macam yang saya bagitau tadilah, untuk dapat 561KM dengan 1 isian penuh kena bawak motor dengan kelajuan 80 ke 100 km sejam sahaja. Tak boleh lebih. Kalau lebih setakat 250KM meter minyak dah berkelip ye kawan-kawan.
Jadi camna dengan pendapat korang? Motor mana yang lebih jimat penggunaan petrolnya?
Ini, motor terbaik saya. Bagaimana dengan anda? |