Cara Guna Apps SETEL kat Petronas

Secara ringkasnya Apps SETEL ni memudahkan saya untuk isi minyak. Saya cuma perlu bukak apps ni kat sebelah pam petrol. Tak payah susah2 nak keluar kereta pastu pegi kaunter untuk bayar.

Isi minyak guna apps Setel.


Cara guna Apps SETEL ni simple sangat.
  1. Bukak Apps
  2. Confirmkan stesen yang saya tengah nak isi minyak tu
  3. Pilih pam nombor berapa

Ya!

Itu je. Lepas dapat arahan dari apps untuk mula pam minyak. Saya terus angkat pam dan pam minyak ke dalam tangki petrol kereta.

Kelebihan lain yang saya nampak bila guna Apps SETEL ni;
  • Saya tak perlu kacau cash, sebab boleh topup apps ni guna kad kredit (hehehe)
  • Tak perlu keluar kereta dan beratur untuk bayar minyak
  • Takde caj RM250 (deposit) untuk urusan isi minyak bagi penggunaan kad kredit/debit (hehehe lagi)
  • Dapat track berapa penggunaan (kos) petrol dalam sebulan.
  • Kalau bawak baby/anak masa nak isi minyak, tak perlu tinggalkan diaorang semata-mata nak bayar kat kaunter.

Yang best lagi pasal apps ni...

Saya boleh isi berapa2 pun amount yang saya nak. Contoh saya nak isi RM10. Memang takde option RM10 dalam apps ni, tapi saya boleh tekan kat butang "OTHER" pastu masukkan berapa-berapa pun amount yang saya nak.

Contohnya saya nak isi minyak RM11, atau RM5. Memang boleh.

Jadi, takdelah istilah kita simpan duit dalam apps ni. Nak gunakan terus habis duit dalam tu pun ok je.


Korang pun patut cuba guna Apps SETEL ni.

Cari je SETEL kat Play Store atau Apple Store. Masa install tu masukkan referal code : u3db untuk dapatkan RM5.

RM5 tu boleh isi minyak motor wehhh.

Jangan macam saya. Masa install tu tak masukkan referral code pun. Jadi tak dapatlah RM5 tu.

Apps SETEL ni hanya boleh digunakan di Stesen Minyak Petronas je ye. Buat masa sekarang ni (masa artikel ni ditulis) kat lembah Klang memang meriah lah. Dan pastikan kawasan lain akan menyusul.

Sebenarnya tadi saya baru cuba butang "OTHER" untuk lain-lain amount masa nak isi minyak motor. Saya letak RM10.

Naik motor ni lain macam sikit feel dia masa nak setting pump kat Apps SETEL ni. Orang lain nampak macam saya ni main phone kat sebelah pump minyak. Dah orang pandang lain macam.

Setahu saya, yang merbahaya (yang boleh menyebabkan kebakaran) kat stesen minyak ni adalah spark dari cas elektrik badan kita. Bukannya dari gelombang phone tu.

Tapi apa-apa pun saya set Apps SETEL tu jauh sikit dari motor dan pump minyak tu.

Ok itulah je lah perkongsian saya pasal Apps SETEL ni. Korang pun patut ada apps ni. Install sekarang.

Ingat ye, masukkan referral code u3db.




4 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

  1. Sesetengah phone pun boleh sebabkan caj elektroststik yang merbahaya. Jadi berhati2

    BalasPadam
  2. Semua urusan dilakukan dalam kereta. Bukan luar kereta.

    BalasPadam
  3. Pe yg xbest apps setel ni.. payment dia hanya utk stesen petronas saja.. dia x buka utk payment bil² dan apa² sajalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la pasal... sebenarnya masa mula2 try dulu, saya cuba kat shell... hahaha rupanya untuk Petronas je.. so Petronas pandai ambil peluang.. Sepatutnya petrol pump lain pun boleh ambik inisiatif camni...

      Padam
Terbaru Lebih lama