Sekadar perkongsian saya. Takdelah mencabar mana pun. Tapi tetap ada cabaran dan dugaannya. Untuk pengetahuan korang, sebelum saya memiliki R15 ni, saya dah pakai lebih kurang 8 biji motor.
Tapi untuk 3 motor sebelum R15, kekerapan tukar motor tu agak tinggi.
Kat situ nampak macam takde pendirian dan kesannya, pembaziran.
Bermula dari Yamaha LC 135 yang 1st model tu. LC ni saya pakai agak lama. Sejak dari tahun 2010. Sejak pakai LC ni, takde niat langsung pun nak tukar motor lain atau beli motor lain.
Sampailah tahun 2017, time tu saya ternampak satu motor sportbike yang bagi saya designnya sangat padu. KTM RC.
Biasalah, kalau dah minat memang saya akan buat research kaw kaw punyalah. Dan akhirnya saya pun belilah KTM RC ni kat sorang brother kat Semenyih. Yes, beli 2nd tapi kondisi superb macam baru. Motor tu dah setahun lebih, tapi mileage baru 1200KM je. Memang owner asal beli dan simpan kat rumah je. Pernah sekali je pergi TT kat Nilai katanya. Decal Powerparts dengan exhaust (ah lupa nama ejos tu) dia bagi sekali. Kira halal katanya.
Time tu bini saya pun sukalah motor ni. Sporty katanya. Dia sendiri pun suka nak ikut kalau saya ride kemana-mana. Tapi saya tak pernah konvoi la. Setakat ride pergi Shah Alam, paling jauh pun pergi Muar. Selamba dia ikut bonceng KTM RC 200 tu.
Time tu LC ada lagi. Saya gilir-gilir bawak LC tu ke tempat kerja. Harini bawak KTM RC, esok bawak LC. Tapi kalau dah lambat pergi kerja, memang saya bawak KTM la. Boleh berdesup sampai opis cepat.
Cukup setahun. Saya dah mula penat. Dah mula beralih arah. Saya fikir time tu sampai bila nak camni? Sampai bila nak acah budak muda? Banyaklah alasan bila dah tak suka tu. Saya rasa semua orang yang obses kat sesuatu motor akan melalui fasa ni.
Saya mula cari cinta hati baru. Time tu konon nak lebih relax. Saya mula berkenalan dengan Skuter.
Justifikasi saya masa nak beli Skuter ni, saya nak relaks, nak santai. Dah tak nak bawak motor acah-acah orang muda ni. Padahal saya takdelah tua mana pun ehehe.
Alasan lain, senang nak pergi supermarket beli beras, telur dan lain lain.
Tahu tak camna saya dapat cash beli motor ni? Saya jual KTM dan LC saya. Sedih kan? Saya jual 2 motor untuk dapatkan 1 skuter yang harganya time tu RM13,XXX baru dan on the road. Gila bayang punya pasal.
Mula-mula pakai motor ni memang enjoy. Enjin rasa senyap, lembut smooothh.. Siap mengantuk masa ride tu sebab selesa sangat. Ini tak dinafikan. Saya takde la cakap motor ni tak best. Tak pernah pun. Bagi saya memang best motor ni.
Cuma, bila dah cukup setahun (sekali lagiiii)... saya dah mula rindu KTM RC saya. Saya rasa saya perlu ada motor sportbike sebijik untuk melaram dan weekend ride. Time tu dah nekad, nak cari KTM RC 2nd lagi sekali. Nak buat melaram je. Tak laju pun takpe.
Time ni dah bagi alasan lah untuk motor skuter ni. Beratlah, maintenance mahal lah (mana ada mahal), sakit pinggang lah (sebab duduk menegak) dan tak laju. (standart boleh pegi top speed 135kmh)
Bini dah mula bising. Dia cakap kenapa asik nak tukar motor?
Sampailah satu hari tu, berita pasal Yamaha R15 dilancarkan kat Malaysia. Saya pun, wow! Motor berCC rendah 155 tapi gaya sportbike. Ini lagi mengancam dari KTM RC.
Sekali tengok harga, merenung keluar jendela jugaklah time tu. Harga yang diwar warkan adalah Rm11,980. Itu harga yang Yamaha tetapkan. Sampai kat kedai memang bukan harga tu lah. Dan memang betul. Bila masuk kedai je, harga mencanak dari Rm12,300 sampai Rm15,000. Alasannya stok terhad.
Time tu pulak saya memang takde lebihan cash. Takkan nak jual skuter Elegan 250 ni kan? Berapa pulak lakunya?
Terus saya patahkan niat untuk menggatal cari motor baru. Pakai jelah skuter tu. Ntah macamana saya cuba jual skuter kat Mudah. Saya letak harga 9.5k kalau tak silap. Sendu takde siapa pun berminat.
Jadi saya biarkan jelah berkubur niat tu. Sampailah satu hari tu, dalam group Whatsapp Elegan 250 ada sorang brother ni nak cari Elegan 250 ni. Dia bagi range harga 8k. Terus saya gatal-gatal PM dia. Tak bersungguh pun.
Saya cakap saya nak jual skuter saya. 8.5k. Dia mintak gambar dengan tanya mileage semua. Saya pun bagilah kat dia semua yang dia nak tengok tu. Pastu dia cakap, malam ni jugak dia datang rumah bawak cash dan terus nak bawak balik motor tu.
Saya pun ok. Pastu tergamam kejap. Eh? camtu je ke? Senangnya urusan.
Dan memang betul brother tu datang malam tu dan bayar cash. Adalah dia mintak kurang lagi time tu. Nego nipis.
So dah dapat duit! Tapi saya takde motor time tu. Esoknya saya terus letak 8k untuk deposit R15. 3 hari motor keluar.
Wife memang muncung je la. Sebab semua ni berlaku pantas dan saya tak sempat nak bincang dengan dia bab financial untuk ansuran motor tu nanti. So komen dia lepas saya jual elegan 250 tu adalah "NO KOMEN"
Bila perempuan cakap no komen, ianya bukanlah isu kecik. Tapi benda dah jadi. Motor R15 dah sampai depan rumah. Apa lagi saya boleh buat untuk damage control? Teruskan je lah..
Jadi selepas setahun saya guna motor R15 ni, wife saya tak pernah pun sentuh motor ni. Apa lagi naik bonceng. Dia betul-betul tak setuju dengan keputusan saya pegi jual Elegan 250. Katanya motor tu best sebab seat besar, ruang simpan barang besar, ada box lagi.
Saya tak boleh nak cakap apa dah.
Tapi sebagai suami yang bertanggungjawab, saya perlu pujuk balik wife saya. Selepas setahun, akhirnya wife saya ok dengan pemilikan motor R15 ni. Tapi dia tak nak bonceng dah. Lagipun tak elok dan tak manis la pompuan bonceng R15 ni. Seksi.
Adalah sekali haritu dia bonceng kat area taman perumahan ni. Itupun sebab nak bawak anak saya jalan-jalan naik motor. Tak jauh, 2 METER je. Pastu anak dah nangis sebab takut kot.
Time ni saya rindu kat Elegan 250 dan LC saya. Tapi lebih kepada rindu motor kapcai. Dan dan pulak anak saya dah masuk umur yang boleh dibawak jalan-jalan naik motor masuk dalam raga motor. Sejak saya tahu anak saya suka jalan-jalan naik motor, saya tukar pakai motor R15 saya dengan Y15 kawan saya.
Kerap jugak lah saya guna Y15 semata-mata nak bawak anak saya jalan-jalan naik motor tu. Mujur member ok je bagi pinjam motor dia. Sampai satu tahap tu, saya nekad nak jual R15 pastu nak ambik motor Y15 atau RS150.
Kalini wife saya bersuara lagi. "Dah agak dah, memang cukup setahun je pakai motor tu pastu tukar lain" Aduh... deep sangat. Kalau ikutkan nekad, memang saya beli je Y15 tu tanpa perlu jual R15. Tapi intai-intai poket, alamak, tak mengizinkan.
So saya tarik nafas, muhasabah diri. SAMPAI BILA ASIK NAK BERTUKAR MOTOR?
Tapi untuk 3 motor sebelum R15, kekerapan tukar motor tu agak tinggi.
Kat situ nampak macam takde pendirian dan kesannya, pembaziran.
Bermula dari Yamaha LC 135 yang 1st model tu. LC ni saya pakai agak lama. Sejak dari tahun 2010. Sejak pakai LC ni, takde niat langsung pun nak tukar motor lain atau beli motor lain.
Orang yang beli motor ni, masih mengekalkan identiti motor ni 100% sama |
Berkenalan dengan KTM RC 200
Sampailah tahun 2017, time tu saya ternampak satu motor sportbike yang bagi saya designnya sangat padu. KTM RC.Design KTM RC ni boleh saya katakan sangat solid dan padu |
Time tu bini saya pun sukalah motor ni. Sporty katanya. Dia sendiri pun suka nak ikut kalau saya ride kemana-mana. Tapi saya tak pernah konvoi la. Setakat ride pergi Shah Alam, paling jauh pun pergi Muar. Selamba dia ikut bonceng KTM RC 200 tu.
Time tu LC ada lagi. Saya gilir-gilir bawak LC tu ke tempat kerja. Harini bawak KTM RC, esok bawak LC. Tapi kalau dah lambat pergi kerja, memang saya bawak KTM la. Boleh berdesup sampai opis cepat.
Cukup setahun. Saya dah mula penat. Dah mula beralih arah. Saya fikir time tu sampai bila nak camni? Sampai bila nak acah budak muda? Banyaklah alasan bila dah tak suka tu. Saya rasa semua orang yang obses kat sesuatu motor akan melalui fasa ni.
Saya mula cari cinta hati baru. Time tu konon nak lebih relax. Saya mula berkenalan dengan Skuter.
Modenas Elegan 250
Ya, inilah cinta hati baru saya. Saya mula mengkaji dan mengkaji pasal skuter ni. Dari harga, ketahanan, spare parts dan yang pelik saya tak kaji pasal maintenance hahah! Tapi maintenance dia takdelah mahal mana pun. Boleh baca artikel saya pasal maintenance Elegan 250 sebelum ni.Ruang bagasi yang luas dan banyak. Apa lagi ko nak? |
Alasan lain, senang nak pergi supermarket beli beras, telur dan lain lain.
Tahu tak camna saya dapat cash beli motor ni? Saya jual KTM dan LC saya. Sedih kan? Saya jual 2 motor untuk dapatkan 1 skuter yang harganya time tu RM13,XXX baru dan on the road. Gila bayang punya pasal.
Mula-mula pakai motor ni memang enjoy. Enjin rasa senyap, lembut smooothh.. Siap mengantuk masa ride tu sebab selesa sangat. Ini tak dinafikan. Saya takde la cakap motor ni tak best. Tak pernah pun. Bagi saya memang best motor ni.
Cuma, bila dah cukup setahun (sekali lagiiii)... saya dah mula rindu KTM RC saya. Saya rasa saya perlu ada motor sportbike sebijik untuk melaram dan weekend ride. Time tu dah nekad, nak cari KTM RC 2nd lagi sekali. Nak buat melaram je. Tak laju pun takpe.
Time ni dah bagi alasan lah untuk motor skuter ni. Beratlah, maintenance mahal lah (mana ada mahal), sakit pinggang lah (sebab duduk menegak) dan tak laju. (standart boleh pegi top speed 135kmh)
Bini dah mula bising. Dia cakap kenapa asik nak tukar motor?
Yamaha R15
Saya mula cari KTM RC yang murah-murah time ni. Tapi disebabkan wife macam tak berkenan dengan niat saya tu, so pencarian agak tersekat-sekat. kejap cari, kejap tak cari. Macam tak bersungguh lah.Sampailah satu hari tu, berita pasal Yamaha R15 dilancarkan kat Malaysia. Saya pun, wow! Motor berCC rendah 155 tapi gaya sportbike. Ini lagi mengancam dari KTM RC.
Sekali tengok harga, merenung keluar jendela jugaklah time tu. Harga yang diwar warkan adalah Rm11,980. Itu harga yang Yamaha tetapkan. Sampai kat kedai memang bukan harga tu lah. Dan memang betul. Bila masuk kedai je, harga mencanak dari Rm12,300 sampai Rm15,000. Alasannya stok terhad.
Time tu pulak saya memang takde lebihan cash. Takkan nak jual skuter Elegan 250 ni kan? Berapa pulak lakunya?
Yamaha R15, secukup rasa. |
Jadi saya biarkan jelah berkubur niat tu. Sampailah satu hari tu, dalam group Whatsapp Elegan 250 ada sorang brother ni nak cari Elegan 250 ni. Dia bagi range harga 8k. Terus saya gatal-gatal PM dia. Tak bersungguh pun.
Saya cakap saya nak jual skuter saya. 8.5k. Dia mintak gambar dengan tanya mileage semua. Saya pun bagilah kat dia semua yang dia nak tengok tu. Pastu dia cakap, malam ni jugak dia datang rumah bawak cash dan terus nak bawak balik motor tu.
Saya pun ok. Pastu tergamam kejap. Eh? camtu je ke? Senangnya urusan.
Dan memang betul brother tu datang malam tu dan bayar cash. Adalah dia mintak kurang lagi time tu. Nego nipis.
So dah dapat duit! Tapi saya takde motor time tu. Esoknya saya terus letak 8k untuk deposit R15. 3 hari motor keluar.
Wife memang muncung je la. Sebab semua ni berlaku pantas dan saya tak sempat nak bincang dengan dia bab financial untuk ansuran motor tu nanti. So komen dia lepas saya jual elegan 250 tu adalah "NO KOMEN"
No komen - My wife.
Bila perempuan cakap no komen, ianya bukanlah isu kecik. Tapi benda dah jadi. Motor R15 dah sampai depan rumah. Apa lagi saya boleh buat untuk damage control? Teruskan je lah..
Jadi selepas setahun saya guna motor R15 ni, wife saya tak pernah pun sentuh motor ni. Apa lagi naik bonceng. Dia betul-betul tak setuju dengan keputusan saya pegi jual Elegan 250. Katanya motor tu best sebab seat besar, ruang simpan barang besar, ada box lagi.
Saya tak boleh nak cakap apa dah.
Tapi sebagai suami yang bertanggungjawab, saya perlu pujuk balik wife saya. Selepas setahun, akhirnya wife saya ok dengan pemilikan motor R15 ni. Tapi dia tak nak bonceng dah. Lagipun tak elok dan tak manis la pompuan bonceng R15 ni. Seksi.
Adalah sekali haritu dia bonceng kat area taman perumahan ni. Itupun sebab nak bawak anak saya jalan-jalan naik motor. Tak jauh, 2 METER je. Pastu anak dah nangis sebab takut kot.
Fasa Bosan Untuk R15?
Tak dinafikan. Walaupun R15 ni cutting dia sama awesome macam KTM RC, tetap jugak yang namanya manusia itu lupa diri. Saya melalui fasa nak let go motor R15 ni dengan alasan yang sama macam saya nak let go KTM RC dulu. Nak relax, nak stop naik motor acah2 orang muda, nak settle down.Time ni saya rindu kat Elegan 250 dan LC saya. Tapi lebih kepada rindu motor kapcai. Dan dan pulak anak saya dah masuk umur yang boleh dibawak jalan-jalan naik motor masuk dalam raga motor. Sejak saya tahu anak saya suka jalan-jalan naik motor, saya tukar pakai motor R15 saya dengan Y15 kawan saya.
Kerap jugak lah saya guna Y15 semata-mata nak bawak anak saya jalan-jalan naik motor tu. Mujur member ok je bagi pinjam motor dia. Sampai satu tahap tu, saya nekad nak jual R15 pastu nak ambik motor Y15 atau RS150.
Kalini wife saya bersuara lagi. "Dah agak dah, memang cukup setahun je pakai motor tu pastu tukar lain" Aduh... deep sangat. Kalau ikutkan nekad, memang saya beli je Y15 tu tanpa perlu jual R15. Tapi intai-intai poket, alamak, tak mengizinkan.
So saya tarik nafas, muhasabah diri. SAMPAI BILA ASIK NAK BERTUKAR MOTOR?
Macam bukan cerita tuan puan badan owner blog ni aje. Mcm tak sampai feel penceritaan tu. But anyways tahniah kepada bos sebab mampu membeli berbagai motor dan sanggup lalui dugaan menjadi mat motor. Salute bossssss!
BalasPadamSaya sendiri punya cerita ni boss...
PadamAssalamualaikum Bossku. Bleh recommend x bengkel utk buat valve clearance. Tnya kedai kos 400 - 500 plak.
BalasPadamArea Putrajaya ke nilai
boleh pergi ke Sendayan Motor. kalau kat area putrajaya saya sendiri pun tak rekemen.
BalasPadamr15 atau pulsar rs200 yg lagi best
BalasPadamT.Kasih sudi share pengalaman...bermula dari kisah Servis Modenas Elegance, hanyut sampai ke sini perginya.
BalasPadamBest x ktm rc 200
BalasPadamkadang-kadang, saya nak cakap KTM RC lagi best dari R15... kadang2 la....
Padam