Peraturan 60 Hari Ubah Habit

Sebelum ni saya ada kongsikan camna cara untuk install program baru, atau tabiat baru dalam diri kat artikel Cara Paling Berkesan Didik Anak. Saya tak kongsikan secara detail, ada kot saya sebut sikit caranya dalam artikel tu.

Memandangkan artikel Cara Paling Berkesan didik anak tu lebih khusus kepada didik kanak-kanak, jadi mungkin ada yang dewasa jadi putus harapan.


Kalau nak program anak kecil, bermula dari umur 1 bulan hingga 7 tahun, guna kata-kata yang elok sebab kanak-kanak bawah umur 7 tahun adalah umpama 'alat perakam'/recording device.

Segala input yang mereka dapat (auditory, visual, feel) mereka akan rekod sebagai program. Atau lebih tepat akan install sebagai program diri mereka. Jadi tabiat mereka selepas umur 7 tahun.

Subliminal Message tidak perlu didengar oleh conscious mind.

Bagi orang dewasa pulak, menurut Dr Bruce Lipton, cara nak ubah tabiat/habit adalah dengan repetition/pengulanan.

Maksud kata lainnya, kena disiplin lah.

Tapi dia tak sebut pulak (secara spesifik) berapa hari sesuatu 'program' atau habit tu perlu diulang untuk menjadikan tabiat diri kita ni betul-betul berubah seperti yang kita nakkan.

Secara tepat, Robin Sharma ada menyebut pengulangan selama 66 hari.

Kalau nak senang bangun awal pukul 5 pagi setiap hari, paksa diri dengan apa cara sekalipun untuk bangun pukul 5 pagi walaupun tidur tak cukup, atau kepenatan.

Ada orang cakap, cukup 40 hari. Tapi takde kajian tepat untuk perkara yang subjektif camni.

Selepas 40 hari atau 60 hari, sesuatu yang kita amalkan akan jadi tabiat dan susah untuk diubah.

Kalau baik program tu, maka baiklah. Kalau tak baik program yang kita repeat tu, maka tak baiklah untuk kita dan orang sekeliling.

Berbalik kepada Dr Bruce Lipton punya statement berkenaan repitition. Dia cuma cakap, manusia berumur 7 tahun ke atas perlu buat repetition/pengulanan atas sesuatu habit/tabiat/program untuk proses install tabiat baru tu.

Dia tak sebut berapa banyak hari.

Tapi dia sebut kalau nak cepat dalam mengubah tabiat/habit/program diri adalah dengan mendengar subliminal message semasa gelombang otak Alpha --> Theta --> Delta.

Ini adalah cara hacking paling berkesan dan pantas untuk ubah tabiat manusia. Memandangkan dia pun tak sebut berapa hari, saya berpendapat sebab setiap manusia tu berbeza.

Berbeza dari segi conscious dan subconscious manusia tu sendiri.

Maka dengan cara mendengar sublimimal message, semua program tu akan diinstall direct ke subconscious mind. Alat perakam kita sebagai manusia.

Bila message/program yang diinstall dah sempurna, sedikit demi sedikit manusia akan berubah seperti yang diinstall tadi.

Yang pasti cara mendengar subliminal message ni lebih pantas dan kurang dari 60 hari.

Dan mungkin manusia tu sendiri tak sedar akan perubahan ni.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama