Cara Paling Berkesan Didik Anak

Sebenarnya nak letak tajuk Cara Paling Berkesan Programkan anak, tapi macam pelik bunyinya. Jadi saya tukarlah cara paling berkesan didik anak. Nampak lebih stereotype. hehe.

Dari umur 1 hingga 7 tahun, anak-anak kita akan rakam semua visual, audio, dan rasa. Dalam kata lain, dalam lingkungan umur itulah diaorang ni install program untuk di replay/execute dalam kehidupan selepas 7 tahun ke atas.
Kanak-kanak bawah 7 tahun menyerap segala apa yang dia nampak/dengar/rasa tanpa sebarang tapisan.

Menurut Dr Bruce Lipton, semua anak-anak bawah umur 7 tahun ni akan jadikan apa yang mereka lihat, dengar dan rasa, sebagai core attitude selepas umurnya 7 tahun.

Kalau perasan dalam movie Inside Out, dalam tempoh inilah pulau-pulau (prinsip dan kelakuan) dicipta.

Sepanjang umur 1 hingga 7 tahun itu adalah fasa 'hipnosis' bagi anak-anak.

Camna pulak selepas umur 7 tahun dan keatas?

Camna nak bentuk attitude mereka?

Selepas umur 7 tahun, fasa ni dipanggil fasa kreatif. Kesedaran (consciousness) anak-anak ni mula berkembang.

Cara nak bentuk perilaku mereka berbeza dah.

Mereka dah mula berkelakuan mengikut apa yang mereka 'kumpul dan install' sejak 7 tahun lepas.

Kalau mereka ni buat sesuatu yang tak betul, tegur secara tegas pun tak boleh mengubah sikap secara total.

Kalau berubah pun sekejap je. Itupun sebab ditegur atau dimarah.

Sebab apa?

Sebab core attitude (pulau-pulau) masih lagi utuh. Sebab mereka sedang mode play the program yang already recorded.

Analoginya, kita tak boleh arahkan tape player lagu jazz memainkan lagu balada. Kita perlu tukar recording dalam tape itu dulu.

Jadi camna cara nak ubah balik programming yang mungkin kita terlepas pandang masa anak tu menjangaku umur 7 tahun?

Camna nak ubah atau install recording baru atau program baru untuk diri anak-anak ni?

Ada 2 cara.;

  1. Repetition (disiplin). Ulang dan ulang. Maksudnya mereka perlu ditegur dan mereka perlu berbuat apa yang mereka perlu buat secara berulang-ulang.
  2. Install kembali program-program menggunakan subliminal audio tertentu semasa mereka dalam fasa nak tidur dan dalam keadaan mereka tidur.


Ini penjelasannya.

Repetition (Pengulangan)

Repetition adalah cara konvensional dan evergreen yang dilakukan oleh semua manusia biasa. Kita semua tahu dan biasa dengar quote "practice makes perfect". Ya! itulah yang dilakukan oleh kebanyakan dari kita untuk mendapatkan tabiat baru dalam kehidupan dan untuk mengubah perilaku kita secara total dari corenya.

Kalau dalam NLP (Neuro Linguistic Program) kiranya macam kira runtuhkan fahaman lama dan bina fahaman (program) baru.

Nampak? Sama dengan gambaran yang dibuat dalam movie Inside Out.

Install Program Baru Ketika Tidur

Yang ni unik. Ianya pantas mengubah program manusia (7 tahun keatas) secara total tanpa perlu berbuat apa-apa. Tapi tak semua orang percaya. Mau dituduh saya sampaikan ilmu sesat. Sesat pun sesat lah.

Kalau anda rasa benda ni tak betul, tak perlu ikut, dan tak perlu percaya.

Ok saya sambung.


Menurut Dr Bruce Lipton, semasa manusia dalam fasa nak tertidur, gelombang otak manusia adalah dalam gelombang alfa.

Kemudian masa manusia dah tidur, gelombang makin jadi rendah dari alfa ke theta, dan seterusnya akan terus masuk ke level delta (deep sleep).

Pada fasa ni, kesedaran manusia (consciousness) dah di shutdown. Subconscious (minda bawah sedar) pulak yang ambil alih. Dan ketika inilah, waktu paling sesuai untuk subconscious menerima program baru sama seperti ketika umur kanak-kanak dari 1 hingga 7 tahun.

Caranya?

Kebiasaannya cara yang paling efektif adalah menggunakan audio.

Audio yang macamana?

Secara amnya, sebelum kita nak masuk tidur tu, kita boleh pasang atau dengar sesuatu yang kita nak programkan untuk diri kita.

Contohnya katalah anda nak jadi seorang yang bijak dalam bisnes, dan nak bina program bisnes jadi core attitude anda, maka anda boleh dengar podcast atau layan Youtube yang berbicara tentang bisnes.

Tapi biasanya apa yang orang suka buat sebelum tidur?

Tengok facebook, twitter dan lain-lain media sosial kan?

Ok je tengok media sosial tu semua asalkan....... perkara yang kita lihat sebelum kita tertidur adalah perkara yang baik. Elakkan dari tengok berita berkaitan;

  • keganasan
  • perang
  • kebencian
  • kemalangan
  • dan lain lain
Pendek kata takyah tengok media sosial langsung la sebelum tidur dan sejurus bangun tidur.

Sebab sebelum bangun tidur pun, gelombang otak masih dalam fasa alfa.

Ok teruskan bacaan.

Dari fasa Beta (sedar) masuk ke alfa (hampir tidur) adalah satu fasa pembukaan minda bawah sedar kita mula merakam perkara yang berhampiran (audio, visual) sebagai program dan jatidiri kita.

Jadi pada waktu ini, manfaatkan untuk perkara yang baik-baik dan yang kita nak sahaja.

Lakukan perkara ini berulang-ulang, minda bawah sedar akan uruskan kerjanya. Minda bawah sedar akan rekod segala program baru ini untuk ubah core attitude manusia atau bina pulau baru.

Barulah saya faham kenapa dalam NLP, seseorang tu perlu masuk dalam kondisi alfa dulu sebelum diprogramkan.

Jangan fikir logik (sedar), sebab minda bawah sedar sentiasa penuh magic (subconscious).

Dah.

Nak percaya boleh. Tak nak percaya pun boleh.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama