"Jangan Main dengan dia, Dia tak tahu Bahasa Melayu, Dia tak Tahu Bahasa Islam"

Semalam petang saje la bawak budak kecik comel ni ke taman dengan my wife. Biasanya saya joging sorang-sorang kat taman permainan kawasan taman perumahan ni, tapi sekarang dah jarang sangat la jogging.

Alasan? Takde masa heheh.

Ok, macam biasa la petang-petang kat taman permainan, ada la beberapa parents yang bawak anak-anak dia beriadah.
Jongkang-jongkit kat taman permainan.

Jaga Perimeter Aali dari Budak-budak lain

Sambil-sambil tu saya perhati la budak-budak lain yang berlari sana-sini. Kira saya jaga perimeter Aali la, dia kan kecik lagi. Skill jalan pun belum cukup perfect, tapi dah boleh berlari tau.

Sambil-sambil perhati tu, saya dengar la bahasa budak-budak yang tengah main gelongsor, main buaian dan lain-lain.

Tiba-tiba ada pulak sorang budak ni (lingkungan umur 5-6 tahun) main baling-baling selipar. Saya dah mula risau, sebab budak ni main baling random je.

Mak bapak budak tu ada kat situ. Perhati dari jauh je, duduk gazebo.

Tapi biasalah, cuma tegur "Hafiz (nama rekaan), jangan baling selipar!" Sambil duduk main phone.

Judgemental

Start dari sini la saya dah mula jadi manusia judgemental.

"Aiii camtu je ko tegur?" suara hati saya mengomel.

Nak dijadikan cerita, budak ni teruskan 'permainan' baling selipar tu. Dia just lambung selipar tu ke langit randomly.

Tiba-tiba, salah satu balingan tu berdesup menuju ke arah saya. Saya elak dan terus tegur "Adik, simpan selipar tu, main benda lain boleh?"

Tak kisah la bapak dia tak puas hati ke apa ke sebab saya tegur anak dia, dah ko cuma pandai tengok phone je kan?

Terus budak stop main baling selipar tu, dan join kawan-kawan dia yang lain main sepak-sepak bola.

Ternyata tugas saya masih belum selesai bila nampak budak-budak ni main bola pulak. Si Aali ni sibuk nak join, tak padan dengan keciknya. Memang tak larat la dia nak kejar geng budak-budak yang dah umur 5-6 tahun tu.

Budak Cina Nak Join Main Bola

Ada 1 perempuan Cina ni, dia bawak 2 orang anak dia umur dalam lingkungan 3-4 tahun main kat taman yang sama waktu tu.

2 orang budak Cina ni pun biasalah, nak join jugak main bola dengan budak-budak tadi. Time ni saya dah main jongkang-jongkit ngan Aali.

Tiba-tiba saya dengar budak yang saya tegur tadi cakap "Jangan bagi dia main, dia tak tahu bahasa Melayu, dia tak tahu bahasa Islam!" berkali-kali.

Amboi, kecik-kecik dah diskriminasi kat bangsa dan agama?

2 orang budak Cina terpinga-pinga, diam je berdiri kat situ tak dilayan. Mak dia (perempuan Cina tu) pun dia je perhati anak-anak dia tak cakap apa-apa.

Terus saya datang kat budak melayu ni "Tak elok cakap camtu, mainlah sama-sama"

Budak Melayu tadi jerit "Aahhhhhhhhh!" dan terus lari sambung main bola.

Saya pandang bapak budak Melayu ni. Dia leka berborak mungkin dengan isterinya. Saya sendiri pun tak pasti tu bapak budak tu atau siapa. Yang pasti dia yang tegur budak tu "jangan main baling selipar" tadi.

Ntah apa yang Perempuan Cina tu fikir nanti kan?

Saya sendiri terfikir tentang dari mana budak-budak ni dapat didikan dan pengaruh sampai boleh cakap sesuatu yang melibatkan bangsa dan agama?

Dari siapa?

  • Dari kawan sebaya?
  • Dari Mak Bapak?
  • Dari Adik beradik?
  • Dari Cikgu?
  • Dari pengaruh TV?
  • Pembawakan dari kehidupan sebelum ni (Ah sudah)

Saya perhati bapak budak tu, nampak elok. Saya cakap dalam hati "mungkin ni pengaruh filem-filem yang ditonton kat Youtube"


Aku perati je perangai kau.

Programkan Anak dengan Program Yang Baik


Saya cukup risau tentang apa yang saya ucapkan depan anak saya. Sebab anak-anak akan imitate perbuatan dan perkataan kita.

Orang sekarang dah bijak, kalau dia tengok perangai dan kelakuan anak baik atau buruk, diaorang dah boleh fikir dari mana ianya diajar.

Lagi-lagi yang berumur bawah akil baligh. Yang belum mumaiyyiz.

Mereka bertindak 100% seperti apa yang mereka diprogramkan oleh ibu bapa dan sekeliling mereka. Dalam kes kanak-kanak, dengan siapa mereka sering bersama? Dah tentu la keluarga.

Sebab tu kalau korang follow penulisan Dr Taufiq Razif, dia memang galakkan cakap yang elok-elok je depan anak. Dan elak bertengkar (dengan pasangan) depan anak-anak.

Semua peristiwa yang berlaku depan anak-anak akan direkod secara auditory, visual dan rasa.

Jadi, berhati-hatilah dan jadilah contoh yang baik untuk orang sekeliling kita.
Aali tak sabar nak masuk tadika ke tu?



Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama