Masa motor Yamaha R15 ni mula dilancarkan July 2018 kat Malaysia, saya adalah antara orang yang tak sabar nak memiliki motor ni. Tapi pengalaman memiliki beberapa bijik motor sebelum ni membuatkan saya sediakan tips sebelum beli Yamaha R15 V3 VVA untuk korang.
Tak dinafikan, masih ada beberapa step atau perkara yang saya terlepas pandang masa nak beli motor ni. Sebab dah terlalu teruja.
Jadi, ini dia tips sebelum beli Yamaha R15 V3.
Cari harga Yamaha R15 yang paling murah.
Masa mula-mula keluar kat kedai, rata-rata pekedai ambik kesempatan dengan naikkan harga kaw kaw untuk motor ni.
Cuba bayangkan, harga rasmi yang dikeluarkan oleh Yamaha Malaysia adalah RM11,989 (tanpa insuran) mencecah Rm14,900 kat kedai motor.
Logik ke tu?
Roadtax insuran baru berapa kan?
Tu belum yang dari sebelah Sabah dan Sarawak. Dengar cerita ada yang jual motor Yamaha R15 V3 ni dengan harga mencecah RM16k (on the road).
Jangan camtu kawan.
Rileks dulu.
Bab ni saya boleh relax lagi, saya terus mencari kedai yang jual harga yang berpatutan.
Akhirnya saya jumpa satu kedai kat Ipoh yang jual dengan harga RM12,300 (on the road).
Itupun dia markup sampai ke RM12,800 kalau nak warna biru. Cis!
Tapi takpe, kuning pun ok. Cantik menyerlah.
Setel bab harga.
Periksa Kondisi Motor
Ini penting beb. Step ni, perkara ni saya terlepas pandang sebab saya order melalui phone sahaja.
Bukan isu pekedai tu menipu ke apa, tapi soal finishing Yamaha R15 ni berbeza mengikut unit.
Saya agak partikular sikit bab finishing dan pemasangan motor. Pantang nampak senget sikit saya dah perasan.
Lagi-lagi yang warna kuning. Ketara sangat imperfectionnya.
Apa yang korang perlu buat adalah, pergi sendiri ke kedai dan book terus motor yang korang nak beli.
Contoh korang minat R15 yang warna biru yang ada kat satu-satu kedai tu. Periksa motor tu betul-betul dari segi pemasangan, finishing seat (paling ketara), dan lain lain dirasakan perlu.
Bila dah puas hati, cakap dengan kedai korang nak book motor tu dan terus bayar deposit atau terus bayar full.
Mintak kedai lock motor tu jangan bagi orang lain.
Saya ulang, saya terlepas step ni sebab saya book melalui telefon sahaja.
Saya tak perasan pun yang seat R15 warna kuning kebanyakkannya ada jarak antara seat dan tank. Dan kemasannya sangat mengecewakan. (dengar cerita version 2109 punya R15 buatannya kemas).
Warna biru dan hitam saya no komen. Tapi dari pemerhatian saya, R15 biru dan hitam lebih sempurna sambungannya.
Kalau book melalui telefon, korang boleh mintak kedai Whatsapp beberapa bahagian yang korang nak. Bila dah setuju, korang terus bayar.
Memang cerewet, tapi korang bayar kot nak beli motor tu. Bukan main sebut je terus dapat kan? Pekedai perlu akur dengan permintaan customer.
Study Maintenance / Selenggara
Benda ni agak basic. Tapi perkara ni saya terlepas pandang masa nak beli Modenas Elegan 250 dulu.
Sebab dah terlalu minat dengan design, saya tak buat research pasal maintenance. Tup tup terkejut dengan harga belting dia. Nasib baik harga service tukar minyak hitam (eo) murah dan Elegan 250 tak perlukan oil filter.
Berbalik kat maintenance Yamaha R15 V3 ni, macam biasa setiap 3000km (kadang-kadang saya buat 2000KM) perlu tukar minyak enjin.
Yamaha R15 perlukan 950ml sahaja minyak enjin sekiranya tukar oil filter sekali dan 850ml minyak enjin sahaja kalau tak tukar oil filter.
Tapi saya memang akan tukar oil filter setiap kali tukar minyak hitam (minyak enjin).
Dan yang bestnya, oil filter dia sama dengan yang digunakan Yamaha LC dan Y15. Jadi, bab harga dan kos untuk maintenance, takdelah besar sangat.
Kesesuaian Penggunaan
Bab ni selalu jugak ditanya oleh kebanyakan peminat R15. Sesuai ke motor Yamaha R15 ni untuk daily commute?
Sebenarnya....
Tak sesuai kalau jalan sangat jauh.
Sebab riding position (kedudukan tunggangan) yang sangat menunduk. Tak nak la nanti korang bising pergelangan tangan selalu lenguh.
Dah tu, kenapa saya beli jugak walaupun penggunaan harian saya 150km sehari ulang alik kerja? dan yang paling dahsyat, boleh pulak saya jual the most practical scooter dan beli this Yamaha R15?
Pilihan paling berani. hahaha!
Sebab minat beb.
Minat mengatasi segala.
Saya korbankan praktikaliti skuter Modenas Elegan 250 yang ada ruang penyimpanan yang besar, siap ada box kat belakang, seat yang gebu gila, dan errrr riding position yang menegak.
Bab riding position skuter tu, saya tak suka pun. Saya prefer riding position sport. Macam KTC RC dan Yamaha R15.
Jadi! Part kesesuaian dan praktikaliti ni saya tolak ketepi memandangkan saya rasa dah cukup matang untuk membuat pilihan.
Means takdelah menyesal pun kehilangan semua kelebihan yang ada tu.
Korang boleh tentukan mana yang korang pentingkan.
Saya tak kisah berhenti bawah jambatan setiap kali hujan (skuter boleh simpan baju hujan dalam box atau bawah seat), saya tak kisah tak boleh naik motor pergi market untuk beli barang dapur.
Yamaha R15 hanya untuk single ride. (betul-betul pentingkan diri kan haha)
Ye saya korbankan semua tu, sebab ada ada option lain.
Pergi market naik kereta dengan bini, sama-sama.
Bila hujan, saya hanya perlu buat 2 pilihan sama ada nak berhenti kat bawah jambatan dan tunggu hujan reda atau saya redah je hujan untuk menuju ke destinasi.
Pilihan sendiri
Apa pun halangan dan kekangan korang, saya percaya kalau dah minat tu, mesti nak kasi jadi.
Hidup ini adalah satu nikmat terindah. Once dah kata minat, usahakan sampai dapat.
Most valuable and fantastic blog. I really appreciate your work which you have done about Yamaha R15V3, many thanks and keep it up.
BalasPadamR15 V3
nice info tq...
BalasPadamminat mengatasi segalanya. Betul sir!
BalasPadamSalam bos minta no hp nk wsp.no sy 0129056742 zul.mcm2 nk tanya bos.
BalasPadamMantap bosss
BalasPadam