Ada Kemahuan, Ada Jalan

Saya suka tengok channel Youtube Dude Perfect. Alaaa Channel yang campak barang kat tempat-tempat yang agak mustahil tu.

Saya pun selalu buat camtu.

Contoh la nak buang sampah, tapi tong sampah agak jauh.

Saya aim betul-betul, siap visualize dan projection camna sampah yang saya campak tu bakal masuk ke tong sampah.

Biasanya kalau fokus saya padu, 100% mesti masuk dalam tong sampah tu.



Macam magik.

Saya kaji balik, kenapa kadang-kadang tak masuk?

Apa yang saya dapat relate, adalah target, kemahuan yang tak kuat. Atau takde kemahuan atau tak fokus langsung.

Kat sini saya relate dengan beberapa perkara dalam kehidupan seharian saya.

Ambil balik kes campak sampah untuk masuk ke dalam tong sampah tu.

Saya dah sediakan mindset yang sampah masuk dalam tong sampah (A), saya dah buat projection pergerakan dia (B), then saya buat tindakan, action (C).

(A) = Ruang / Objektif
(B) = Visualize
(C) = Tindakan

Saya nak relate dengan tabiat menabung atau menyimpan yang ramai tak boleh buat.

(A) = Kena sediakan tempat untuk menyimpan. Tabung / Akaun Khas / Objektif
(B) = Tetapkan peratusan yang kena potong dari semua income yang masuk (10% lah biasanya)
(C) = Buat.

Bila ikut rumusan ni, semuanya going smooth.

Pernah dengar cerita pasal perokok yang ditegur sekiranya dia tak merokok, berapa duit yang dia boleh jimat?

Katanya dalam 10 tahun, kalau tak merokok, dah boleh beli rumah sebijik dengan duit beli rokok tu.

Tapi camna dengan non-smoker?

Ramai je tak beli rumah lagi.

Kat sini yang saya relatekan, mindset kita yang dah tentukan duit tu nak kemana.

Selagi takde mindset cakap nak menyimpan, selagi ada mindet kata tunggu durian runtuh, selagi tu la semua impian tak terlaksana.

Sebab apa?

Sebab tak sediakan Ruang (A), tak projection/ visualize (B) dan tiada tindakan (C).

Quote Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan adalah sangat tepat.

Di mana ada kemahuan (A) = Ruang, tempat
Di situ ada jalan (B) = Nampak caranya (visualize), perjalanan menuju ke objektif.
Tindakan (C) = Buat.

Permasalahan ramai orang adalah stuck kat step (A).

Tak sediakan ruang.

Contoh nak beli motor Yamaha R15, tapi tak sediakan tabung khas untuk saving.

Banyak yang menganggap, dengan kuasa minda dengan membayangkan dah cukup.

Tak.

Tak cukup. Kena sediakan ruang (A) tu dulu.

Kalau takde yang (A) ni, duit tu memang tak boleh duduk diam la. Dia akan pergi ke benda lain mengikut prioritize semasa individu tu.



Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama