Buffet Ramadhan RHR Hotel Uniten Best

Buffet Ramadhan RHR Hotel Uniten Bangi ni adalah salah satu tempat yang harganya berpatutan dan antara yang termurah.
Kuih tradisional jadi pilihan


Lokasi hotel ni betul betul dalam Uniten. Tak sangka dalam Uniten ada hotel ye.

Makanan dia macam biasa.

Maksud saya macam biasa adalah, macam buffet Ramadhan hotel-hotel lain jugak. Sama sedap sama enak.









Harga Pakej Buffet Ramadhan

Tapi meriah dia lain macam. Mungkin sebab pakej buffet Ramadhan RHR hotel ni murah?

Kira murah la RM69 untuk seorang dewasa. Untuk kanak-kanak pulak RM35.

Murah kan? Memang murah kalau dibandingkan dengan pakej hotel-hotel lain.

Walaupun harganya yang mampu milik tu, kualiti makanan tetap macam hotel lain jugak. Saya dah sebut tadi, sedap dan meriah.

Makanan Kegemaran


Saya macam biasa, jenis tak makan banyak. Saya akan ambil makanan kegemaran saya dulu dalam portion yang sedikit.

Antaranya;
  • Puding roti
  • Kuih tradisional Melayu (banyak plak nak sebut)
  • Lauk sambal jawa (sedapnyaa)
  • Kurma

Kalau diikutkan, itu pun dah banyak sangat tau tak. Saya dah cakap tadi, saya makan sikit je.

Lagipun bulan puasa ni, kena steady depan makanan yang banyak.

Perut kita ni banyak mana la makanan boleh masuk pun. Saya ingat pesan Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri ke 7), jangan makan terlampau banyak.

Booking Buffet Ramadhan

Ok bagi anda yang nak dapatkan pakej Buffet Ramadhan di RHR Hotel Uniten Bangi, cepat-cepat call terus 03- 8922 2088 samb (8036/8013) ataupun boleh je emel ke dahlia@rhrhotel.com.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama