Buffet Berbuka Puasa di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya 2018

Salah satu tempat berbuka puasa yang saya suka adalah di Buffet Berbuka Puasa Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya. Makanan laut sangat fresh dan juadah makanan dia ada banyak sangat.

Semua orang pun tahu, kalau dah namanya buffet tu, makanlah banyak mana selagi boleh.
Ruang dalam Verandah, Cyberview Resort & Spa

Camtu jugak ceritanya kat Cyberview Resort ni. Pada siapa yang pernah makan kat sini, tahulah betapa makanan kat sini sentiasa ditopup dari mula waktu berbuka puasa sampailah jam 10 malam.

Saya sendiri rasa makanan kat sini tak berkurang. Jadi saya akan sentiasa ambil makanan selagi saya boleh.

Saya takde menu feveret. Semua saya sebat.

Kat Cyberview Resort ni, buffet ramadhannya ada 2 tempat hidangan makanan. Kat dalam bangunan Verandah tu sendiri dan kat booth-booth luar Verandah. Cukup meriah.

Kalau yang kat dalam Verandah tu lebih kepada kuih muih, aiskrim, ABC, jeruk, seafood, sushi, makanan untuk kanak-kanak, laksa, nasi pelangi, puding roti, eh banyak lagi lah.
Jeruk, ada banyak ni. Jangan berebut.
Yang kat booth-booth luar pulak lebih kepada masakan oleh chef-chef dalam kategori masakan masing-masing.

Ada kambing golek dengan nasi arab, ada masakan asam pedas, ada masakan tempoyak, sotong bakar, minuman dan banyak lagi.

Salah sorang kawan saya terkejut sebab kat luar Verandah tu masih ada booth yang sediakan makanan untuk buffet ni.
Bahagian luar verandah, ada banyak booth yang meriah dengan makanan.
Dia sangka kat dalam Verandah tu dah cukup banyak. Tak habis round dah kenyang katanya, sekali rupanya kat luar pun ada lagi makanan-makanan yang menarik nafsu makan.

Trick untuk makan kat buffet ni, jangan la nak ambik nasi banyak-banyak.

Kalau boleh amik sesudu je nasi putih, sesudu nasi arab, sesudu nasi pelangi, sesudu mee goreng, sesudu laksa. Betul ni, menyesal nanti kalau ambik banyak sebab akan cepat kenyang.
Buah - buahan.
Cuba teka kuih apa ni?
Tak tau nak pilih mana satu, ye boleh pilih semua.
Masuk bab harga pulak ye. Untuk makan kat Buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa ni, satu orang adalah RM149 untuk dewasa dan RM77 untuk seorang kanak-kanak.

Tapi biasalah, mesti ada harga promosi untuk Buffet ni. Harga early bird sebelum Ramadhan adalah RM120 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak.

Untuk tahun 2018 ni, ada satu promosi best. RM149 untuk 2 orang makan pada 20 Mei sahaja. Boleh tempah untuk tarikh 20 Mei ni atau tarikh lain kat talian 03-83127042/7041.

Saya rasa Buffet Ramadhan ni sangat sesuai untuk tempahan berkumpulan seperti Syarikat dan Family Gathering.

Suasananya memang cantik dan makanannya memang banyak dan sentiasa ditambah sampailah jam 10 malam.


Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama